TAWAKAL BURUNG (bah. 4) – YANG SEBENARNYA
Tawakal burung pun banyak orang tersalah faham. Katanya mereka bertawakal macam burung, lalu mereka tidak mengusahakan apa2, atau ada berusaha tetapi dengan USAHA YANG LEMAH. Sebahagian daripada mereka pula jadi bermalas2, mudah berputus asa (mudah menyerah), tak mahu berberat2 kepala sikit, cepat berhenti dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, cepat mengalah. Macam itukah yang dikatakan tawakkalnya beburung?
Mari kita tafakkurkan… burung duduk dalam sarangnya sahajakah sepanjang siang dan malam? Ataupun burung BERUSAHA KERAS keluar awal pagi dan pulang menjelang senja?
Jawapannya? Kita sendiri pun masing2 tahu.
Umumnya burung tidak pulang ke sarang melainkan dia mahu mengeram telur atau dia hendak bagi anak2 makan. Sekiranya tidak sedemikian, sepanjang harilah ia keluar. Ia tidak duduk sahaja menunggu. Ia juga tidak keluar sekejap dalam 5 minit kemudian masuk ke sarang semula, tetapi keluar sepanjang hari.
Ia berusaha keras mencari makanan, mencari pasangan, berolahraga terbang ke sana ke mari menguatkan dan menyihatkan tubuh badannya, ia mencari hiburan, ia bermain2 dengan burung2 yang lain melatih daya menyelamatkan diri, bertahan dan berkelahi. Ini baru betul tawakal burung.
Burung tidak duduk sahaja di sarang menanti kot2 ada ulat melintas, serangga merayap, atau serangga terbang mendekat. Tetaapi burung2 keluar mencari dengan susah-payah. Berhujan, berpanas, dikejar pula oleh burung2 pemangsa, dilastik pula oleh budak2, cedera terkena angin ribut/ kipas angin/ kenderaan dsb. Inilah tawakal burung yang sebenar.
Kenapa jika burung ada anak2, ia terbang merata tempat cari makanan, lepas tu berulang-alik suap anak2 dia satu persatu? Kenapa burung tidak tawakal tinggal kan sahaja anak2 itu? Sebenarnya yang beburung keluar tahap mujahadah cari makan semua itu, hal itu tidak bertentangan dengan tawakal, bahkan itulah tawakal. Kita yang salah faham akan tawakal burung.
Empat kali burung tempua buat sarang di depan rumah saya. Sangat rendah. Sarangnya tergantung pada wayar lampu lip lap (di tempat saya dulu biasa orang sebut lampu kelip kelip). Di dalam sarang dia tu ada salah satu lampu lip lap tu. Waktu malam, dalam sarang dia tu sekejap merah, sekejap gelap. Tak tahu kenapa sepasang burung tu suka macam tu. Cukup rendah, sampai kita boleh jenguk ke dalam lubang sarang tu.
Kami lihat betapa gigihnya ia membuat sarang. Ia bawa rumput2 sehelai dua, lepas tu dia kait, dia sulam. Pergi pulak cari lagi. Angin tiup, terlerai sebahagian, dia buat lagi. Kenapa dia tak tawakal duduk saja?
Pada waktu malam, ia tak lari walaupun kita buka lampu. Mungkin mata dia rabun ayam kot, wallahua’lam. Kita boleh sentuh dengan jari paruh dia, kepala dia. Waktu siang anak2 dia kadang2 duduk sebaris, tunjuk muka je. Tapi waktu siang kalau anak2 dia nampak kita mendekat, mereka akan menyorok. Mak dia pula akan terbang lari. Kami perhati, tafakur dan ambil iktibar daripada burung2 tu.
Jadi, konsep tawakal sebahagian orang adalah Dari salah, termasuk segelintir yang belajar ilmu2 keruhanian. Mereka berfaham bahawa tawakal tu duduk sahaja sambil berzikrullah. Duduk sahaja menunggu rezeki. Burung2 pun tidak buat macam itu. Burung2 tidak duduk2 sahaja di dalam sarang masing2 sambil patuh tunduk kepada Allah sahaja. Setiap pagi umumnya burung2 berusaha bawa perut yang kosong dan cari makanan yang boleh diisi, dalam keadaan tuduk patuh kepada Allah juga. Lewat petang baru balik. Lebih kurang 12 jam punya kerja. Itulah tawakal burung.
Jalan Imam al-Ghazali ini membawa tajdid. Sebab itulah dia mujaddid. Hal2 yang sudah kurang relevan, yang dah rosak, yang tak sesuai atau kurang sesuai dengan as-sa’ah, dia usaha perbaharui. Begitulah antara kerja2 generasi pewaris selepasnya sehinggalah sekarang.
Imam al-Ghazali ini juga seolah2 menakung kesemua ilmu2 keruhanian sebelum zaman dia, ditapis buang yang kotor ambil yang bersih, buang yang keruh ambil yang jernih, lalu dialirkannya semula kepada umat. Generasi2 selepasnya sangat beruntung kerana sudah ada pakar yang tolong saring tolong sisih. Kita cuma perlu ambil dan guna sahaja.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember
No comments:
Post a Comment