TAWAKAL BURUNG (bah. 3) - PELURUSAN
PEMBETULAN DAN PEMURNIAN KISAH DUA ORANG IMAM INI (Imam Malik dan muridnya iaitu Imam asy-Syafi’i)
1. Imam Malik tidak pernah menggalakkan untuk duduk sahaja menanti. Buktinya, sejak awal dia berkata : "Lakukan yang BAHAGIAN KAMU, yang selebihnya biar Allah yang menguruskan."
Bahagian kita tu apa dia? Kena usaha setakat yang termampu. Yang selebihnya tu apa dia? Hasil atau keputusan. Yang itu Allah punya hasil dan keputusan.
2. Hadith yang dipetik itu mengatakan : “"Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan SEBENAR2 TAWAKAL, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung YANG PERGI dalam keadaan lapar lalu pulang dalam keadaan kenyang".
Ini pesan Rasulullah saw. Sebenar2 tawakal tu macam mana? Bukan tawakal yang biasa2, tapi sebenar2 tawakal. Kenalah macam burung. Berusaha dari pagi sampai ke petang. Bukan duduk menanti sahaja.
3. Dalam mencari guru dan mencari ilmu, mengapa kita tidak mencontohi Imam Malik? Imam Malik tidak duduk sahaja menanti. Ramai guru2 dia. Dia tidak duduk sahaja menunggu guru tiba atau tunggu ilmu tiba.
Sejak usia dia masih kanak2 dia gigih menghafaz Al-Quran dan al-hadith. Dia tidak duduk sahaja menanti Al-Quran dan hadith2 terhafal dengan sendirinya, macam dia tunggu buah anggur tadi.
Berapa ramai guru yang dia usaha cari? Dikatakan lebih kurang 900 orang guru. Dia tidak duduk menunggu pun macam dia tunggu anggur tadi.
Berapa banyak hadith yang dia usaha hafal? Dikatakan lebih kurang 100,000 hadith. Dia tak tunggu pun macam tunggu anggur tadi.
Dikatakan dia belajar, kumpul, saring dan bukukan hadith dalam jangka masa 40 tahun. Dia tak duduk tunggu sahaja macam cerita anggur tadi.
Tiba2 kita yang ilmu sedikit ini lebih selesa duduk menanti sahaja kot2 Allah rezekikan ilmu tanpa pergi mencari. Malahan kita gunakan Imam Malik sebagai hujah sandaran kita. Padahal jauh berbeza antara usaha2 Imam Malik dengan ketidakusahaan kita. Jauh berbeza antara pengorbanan Imam Malik berbanding kerehatan kita. Hujah sandaran yang kita gunakan itu tak kena langsung.
4. Kisah ini juga sebenarnya hendak memberi panduan kepada kita tentang kesesuaian kaedah dalam menyingkapkan tabir lauh mahfudz.
Kita teliti semula kisah tadi.
Ketika dialog itu berlaku, apa maqam Imam Malik dan apa maqam Imam asy-Syafi’i?
Imam Malik, ketika itu dia seorang ulama besar, dan diyakini sebagai salah seorang waliyullah. Dia sudah berusaha keras puluhan tahun berguru, menimba ilmu, mengkaji, mengajar dan sebagainya. Bahkan ketika itu dia adalah guru kepada asy-Syafi’I (Imam asy-Syafi’I belum jadi imam lagi). Maka dengan keadaan Imam Malik yang sebegitu, keutamaan untuk dia adalah lebih kepada menanti berbanding berusaha, walaupun kedua2nya dia buat.
Sebaliknya Imam asy-Syafi’i ketika itu adalah murid kepada Imam Malik, masih anak muda, mungkin sudah bertaraf ulama tapi belum ulama besar macam Imam Malik. Maka dalam keadaannya yang sebegitu, keutamaan untuk dia adalah lebih kepada berusaha berbanding menanti, walaupun kedua2nya dibuat.
Jadi, jika berlevel guru macam Imam Malik, keutamaannya adalah kepada khilwah, tanpa meninggalkan berusaha. Jika berlevel murid macam Imam asy-Syafi’i ketika itu, keutamaannya adalah kepada berusaha, tanpa meninggalkan khilwah. Tetapi kemudian hari Imam asy-Syafi’I pun jadi ulama besar juga kan? Masa itu keutamaannya juga adalah kepada khilwah.
Malangnya sebahagian orang yang datang kemudian sehinggalah ke hari ini, ilmu tidak sebanyak mana, berguru pun tidak seberapa, tetapi terus MENGUTAMAKAN MENANTI berbanding berusaha. Yang seakan2 meninggalkan berusaha pun ada. Inilah antara golongan yang terpedaya.
Imam al-Ghazali sendiri, dia lebih banyak menanti berbanding berusaha itu bila tu? Masa itu dia sudah jadi Hujjatul Islam dah. Kita? Umumnya apa pun tak ada tahu2 hendak duduk menanti sahaja dengan alasan tawakal, yakin, berserah, mencontohi Imam Malik dan Imam asy-Syafi’I, dan pelbagai alasan lain.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember
No comments:
Post a Comment