Sunday, December 14, 2025

Rumusan Kuliah Kitab Ihya kali ke-298

 

Qabu kita ini penuh dengan rahsia dan misteri. Dari kuliah ke kuliah, pengetahuan kita tentang qalbu ini dan tentang ilmu dari lauh mahfudz semakin bertambah. Kemudian kita semakin faham dan semakin meningkat kesedaran.

 

Kita teruslah membanyakkan doa, amal2, zikrullah, khilwah, dan berusaha menambah ilmu2 sebelum ilmu2 diangkat/ hilang. Tawakkal kena betul, dan usaha kena kuat. Kita bertawakallah macam tawakalnya burung.

 

Semoga Allah ‘Azza wa Jalla merezekikan kita dengan terbukanya pintu atau terselaknya hijab al-lauhul mahfudz – dalam keadaan selalu, lama, luas dan banyak.

 

Teruslah perjuangkan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Bagi yang berkemampuan, bacalah kitab Ihya’ pada setiap hari. Tidak dapat baca kitab Ihya’, baca ringkasannya pun jadilah sebagai penampung. Sampaikanlah walau sepatah kata tentang ilmu2 yang kita perolehi pada malam ini kepada saudara2 kita yang tidak dapat bersama2 dengan kita.

 

Akhirnya, ribuan terima kasih kepada semua hadirin dan penonton yang bersama2 dengan kita dalam pengajian pada malam ini. Atas izin-Nya dan sokongan anda semua, pengajian kita telah berrjalan selama 15 tahun. Harap2 dapat sempat khatam antara 5-8 tahun lagi.

 

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember

No comments:

Post a Comment