Sunday, December 14, 2025

Keajaiban Mata Qalbu

 

Al-imam al-Ghazali menulis : “Tuhan menjadikan mata hitam engkau dengan bentuknya yang kecil, di mana tercetak bentuk alam, langit dan bumi yang demikian luas tepinya, di dalam mata hitam itu.”

 

Alangkah ajaibnya kejadian mata yang dijadikan oleh Allah SWT. Mata kita ini kecil sahaja, lebih2 lagi anak mata. Tetapi mata yang kecil ini boleh melihat benda yang besar2. Sepatutnaya jika mata kita ini sebesar telur puyuh, ia dapat melihat benda2 yang sebesar telur puyuh jugalah. Tetapi tidak sedemikian. Mata yang sebesar telur puyuh ini boleh melihat gunung-ganang yang besar, lautan yang luas, langit yang tidak bertepi, dan sebagainya. Alangkah ajaibnya pekerjaan Allah. Tidakkah kita ada rasa hendak bersyukur?

 

Mata yang umumnya ada hitam dan putih ini (ada sebahagian orang ada warna biru, hijau, coklat), tetapi ia boleh melihat 1001 warna.

 

Maka, mata qalbu kita yang lebih hebat potensinya itu boleh menangkap dan menyaksikan hal2 yang jauh lebih besar, lebih indah, lebih kompleks (rumit), lebih tinggi, lebih jauh, dan lebih dalam lagi berbanding biji mata yang di kepala.

 

Berkata al-imam lagi : “Maka apabila terangkatlah tabir di antara seseorang dan lauh mahfudz, nescaya ia “melihat” pada lauh mahfudz itu segala sesuatu. Dan terpancarlah kepadanya ilmu daripada lauh mahfudz. Lalu ia tidak memerlukan lagi memetik ilmu daripada pancaindera. Yang demikian itu adalah seumpama terpancarnya air dari dalam bumi (yang di dalam kolam qalbu).”

 

Mata di kepala tidak dapat menyaksikan maklumat2 pada lauh mahfudz, tetapi mata di hati dapat menyaksikannya, mengikut rezeki masing2 (dari segi hakikatnya), dan menurut usaha masing2 (dari segi syariatnya).

 

Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember

No comments: