FAEDAH-FAEDAH BERMUKHALATOH (BERGAUL DENGAN MANUSIA)
Faedah Pertama : Dalam bermukhalatoh, kita dapat mengajar dan dapat belajar. Bagi orang yang perlu mempelajari hal-hal yang fradhu dan wajib bagi dirinya, adalah menjadi maksiat (berdosa) apabila dia mengasingkan diri dengan beruzlah.
Sebab itulah Ibrahim An-Nakha’I berkata : “Belajarlah fiqh, kemudian asingkanlah diri. Sesiapa yang mengasingkan diri sebelum belajar (ilmu-ilmu agama yang mencukupi), maka orang itu pada kebanyakannya menyia-nyiakan waktu dengan tidur atau berfikir di tepian gila.”
Maka tiadalah kebajikan dalam mengasingkan diri (beruzlah) bagi orang-orang awam dan orang-orang jahil.
Jiwa itu seperti orang sakit yang memerlukan doktor yang lemah-lembut untuk mengubatinya. Maka orang sakit yang bodoh apabila dia menjauh bersendirian daripada doktor sebelum dia mempelajari ilmu kedoktoran, maka tidak mustahil penyakitnya akan bertambah berlipat kali ganda. Oleh itu, tidaklah layak mengasingkan diri kecuali bagi orang-orang yang berilmu.
Hal2 yang fardhu dan wajib belum selesai, 4 tungku ad-diin belum selesai (al-iman, al-islam, a-ihsan, as-sa’ah), tiba2 beruzlah. Hal itu amat berbahaya.
Faedah Kedua : Dengan bermukhalatoh, kita dapat memberi manfaat dan mengambil manfaat. Mengambil manfat dengan manusia adalah melalui usaha dan mu’amalah (jual beli terutamanya). Hal ini mustahil dapat dilakukan melainkan kena bercampur dengan orang lain. Memberi mafaat pula adalah dengan harta atau tenaga kita. Kita menunaikan hajat keperluan manusia lain lalu kita mendapat pahala.
Faedah Ketiga : Bermukhalatoh dapat mengajar adab sopan dan belajar adab sopan. Kita boleh mendapat latihan (praktikal) melalui kekasaran manusia. Kita berjuang menahan kesakitan daripada perbuatan manusia untuk menghancurkan nafsu dan memaksakan segala keinginan syahwat. Guru sufi tentunya tidak dapat mengajar murid-muridnya melainkan melalui pergaulan. Dalam pergaulanlah kita dapat mengenal yang baik dan yang buruk.
Nak kenal sifat2 mahmudah dan mazmumah, kenalah bergaul kerana di situlah ada model2nya yang jelas iaiatu manusia di sekeliling kita. Kita tidak sekadar tahu malah kenal macam mana orang warak, pemurah, penyayang atau oran pendengki, bermulut kotor, ego dsb.
Faedah Keempat : Bermukhalatoh dapat membantu menjinakkan hati, tenteramkan hati, legakan hati, rehatkan hati. Contohnya dengan bergaul dengan orang-orang soleh. Sesungguhnya jiwa manusia itu cepat bosan. Menjinakkan hati (pengurusan stress) adalah sangat bagus dan salah satu jalannya adalah dengan bergaul dengan manusia lain.
Faedah Kelima : Boleh mendapat pahala dan membuatkan orang lain berpahala. Kita mendapat pahala apabila menziarahi jenazah, mengunjungi orang sakit, pergi solat dua hari raya, menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya. Kita membuka ruang pahala bagi orang lain pula apabila kita pula dikunjungi oleh orang lain.
Faedah Keenam : Melahirkan tawadhuk. Tawadhuk tidak akan muncul ketika kita berseorangan. Daripada bercampur-gaul itulah yang melahirkan tawadhuk.
Faedah Ketujuh : Bermukhalatoh memberikan pengalaman menghadapi dugaan. Pengalaman menghadapi dugaan hanya berlaku jika kita bercampur-gaul dengan orang ramai. Jika asyik duduk berseorangan, umumnya memang akan berasa diri sudah soleh, sudah sufi, sudah wali dsb. Maka kena lalui ujian2nya terlebih dahulu iaitu dengan bermukhalatoh.
Kesimpulan : Ringkasnya, ber’uzlah dan bermukhalatoh itu masing-masing ada kelebihannya. Jadi, kita hendaklah bijak membahagikan masa kita untuk ber’uzlah dan bermukhalatoh. Ikutilah panduan orang-orang yang berilmu tentangnya.
(petikan live streaming 3/10/25 di Channel Tgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI)
No comments:
Post a Comment