Sunday, December 14, 2025

Asyik Kumpul Maklumat Tapi Tanpa Tindakan

 

Banyak orang lebih suka kumpul banyak2 maklumat, lalu mereka berasa ok, berasa puas hati, berasa cukup dengan sebegitu, dan ada juga yang berasa hebat diri. Mereka selesa dan puas hati apabila dapat memperkatakan tentang ilmu2 itu kepada orang lain, dapat mencelah perbualan orang lain dalam keadaan dirinya ada tahu, lebih tahu dan banyak tahu. Mereka hebat pada bercerita. Tetapi mereka sendiri tidak mencapai pun matlamat ilmu2 tersebut. Jika mencapai pun, tidaklah sebanyak mana. Padahal yang lebih penting adalah melaksanakan tindakan atas dapatan maklumat2 tersebut. Barulah cepat, dapat, mudah naik maqam dan darjat.

 

Ibaratnya : Orang yang sangat rajin cari maklumat tentang pedang. Bertahun2 dia belajar maklumat, kumpul maklumat dan kaji maklumat. Jadi dia boleh bercerita tentang pedang ni 1001 malam tak habis2 – jenis2 besi, jenis logam campuran, lokasi2 asal logam2 tersebut, jenis2 pedang, ukuran2 setiap jenis pedang, aliran2 seni pedang, nama mahaguru2 dan pendekar2 pedang serata dunia, harga2 pedang, dsb. Memang banyak maklumat.

 

Tetapi apabila musuh menyerang negara, umumnya dia apa pun tak boleh. Buat pedang pun tak boleh, berseni pedang tak boleh, permainan pedang tak boleh, tempur pedang pun tak boleh. Yang boleh, jadi tukang cerita yang banyak maklumat tentang pedang. Begitulah ibaratnya.

 

Sepatutnya tindakan kita – Dapat ilmu, terus usaha amal. Dapat ilmu, terus usaha buat perubahan. Dapat ilmu, terus usaha bertindak.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember

No comments:

Post a Comment