tag:blogger.com,1999:blog-8861092256560790050.post2273855003470033128..comments2024-02-05T23:43:44.057+08:00Comments on DEBUNGA TERATAI SYURGAWI: Tajdid Sebenar dalam BerTablighABU ZULFIQAR AMSYARIhttp://www.blogger.com/profile/09936590149729652559noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-8861092256560790050.post-71483419460421063862014-01-04T22:14:38.072+08:002014-01-04T22:14:38.072+08:00Sabda Rasulullah SAW, “Agama Islam itu mudah. Bara...Sabda Rasulullah SAW, “Agama Islam itu mudah. Barangsiapa yang memayah-mayahkannya maka dia akan tewas. Maka, jalanlah lurus-lurus, ikutilah ia rapat-rapat dan berilah berita gembira kepada orang ramai (atas amalan baik mereka).” (HR Bukhari)
Baginda turut bersabda, “Permudahkanlah, jangan sukarkannya. Berilah berita gembira (untuk memujuk mereka kepada agama) dan janganlah menimbulkan kebencian mereka kepada agama.” (Durre Manthur)
Pengarang kitab ‘Bahjatul Nufus’ mengisahkan, suatu hari Sayidina Abu Bakar r.a. bertanya Rasulullah SAW, “Dengan apakah tuan dihantar kepada manusia?”
Baginda menjawab, “Dengan akal.”
Huraian Maulana Zakariya, “Ini menggambarkan bahawa hukum syariat hendaklah dituruti juga dengan akal.”
Kemudian, Sayidina Abu Bakar r.a. bertanya lagi, “Siapakah yang akan memberi jaminan (akan ketepatan) akal (kerana manusia berbeza-beza menurut akal dan daya fahaman)?”
Jawab Baginda, “Akal tiada batasnya. Namun, sesiapa yang menganggap bahawa apa yang halal di sisi Allah sebagai halal dan apa yang diharamkan di sisi Allah sebagai haram, maka dialah orang yang berakal. Jika dia mencuba lebih lagi, dia akan menjadi abid. Jika dia mencuba lebih lagi, dia akan menjadi jawad (berani dan pemurah).”
Maksudnya, jika seseorang berusaha gigih dalam ibadah dan amalan baik yang lain tetapi tidak waras untuk mengambil yang halal dan mengelak yang haram, maka usahanya sia-sia walaupun mereka fikir mereka melakukan kebaikan. Hendaklah difahamkan betul-betul bahawa mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah menunjukkan seseorang itu tidak berakal di sisi agama.

(Sumber rujukan: Maulana Zakariya al-Kandahlawi – Memperkenalkan Siasah Islam)
http://khairitajudin.blogspot.com/2012/05/pesanan-maulana-zakariya-dalam.html?m=1Abu Nafishttps://www.blogger.com/profile/14152616712891261554noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8861092256560790050.post-52855124703648988062014-01-04T22:07:24.109+08:002014-01-04T22:07:24.109+08:00Terima kasih di atas nasihat Ustaz. Sangat berbeka...Terima kasih di atas nasihat Ustaz. Sangat berbekas di hati sebagai panduan hidup. Saya masih ingat lagi kata2 eldest terdahulu jika berjumpa dgn ulama dapatkan nasihat dan doa dari ulama tersebut.Abu Nafishttps://www.blogger.com/profile/14152616712891261554noreply@blogger.com