tag:blogger.com,1999:blog-8861092256560790050.post2622889923332412490..comments2024-02-05T23:43:44.057+08:00Comments on DEBUNGA TERATAI SYURGAWI: Mengharap SyurgaABU ZULFIQAR AMSYARIhttp://www.blogger.com/profile/09936590149729652559noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-8861092256560790050.post-79591468546108180532016-08-27T19:11:39.431+08:002016-08-27T19:11:39.431+08:00Sebenarnya ini bukan bicara wilayah taat dan wilay...Sebenarnya ini bukan bicara wilayah taat dan wilayah tanggungjawab, tetapi lebih kepada bicara wilayah mahabbah (cinta Allah) dan rindu Allah. Sekiranya tidak ada syurga neraka dan pahala dosa sekalipun, ahli2 tasawuf tetap akan berabdi kepada Allah (solat, puasa, berhaji dll yang Allah suka) kerana pencetus utama kepada amalan mereka ialah cinta kepada Allah dan rindu untuk memandang-Nya di akhirat nanti, iaitu kenikmatan yang teragung hinggakan kenikmatan syurga pun ketika itu sudah tidak dihiraukan. Ringkasnya, orang yang mencinta sudah pasti akan taat dan sudah pasti akan menyelesaikan tanggungjawabnya. Tetapi, orang yang taat dan menyelesaikan tanggungjawabnya, belum tentu orang yang mencinta. Jadi orang2 yang diasuk dna didik dengan cinta Allah, mereka lebih mudah untuk taat dan menyelesaikan tanggungjawab. Sebaliknya orang2 yang diasuh dengan taat dna tangunggjawab, sukar untuk mereka mencapai maqam cinta Allah apatah lagi maqam rindu Allah.

Ringkasnya, mana-mana ahli sufi pun tetap akan berdoa : "Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah (tentunya termasuk syurga), wa qina 'azabannar (dijauhkan daripada neraka)". Betul kan? Kalau benar mereka tidak mengharapkan dapat surga dan dijauhkan drpd neraka, apa guna doa di atas tu? Cuba kita fikir-fikirkan.

Sebenarnya kata-kata yang dibicarakan dalam tulisan itu adalah penetapan matlamat dalam sukatan pelajaran/tarbiyyah para sufi. Matlamat teragung mereka bukanlah syurga (yang makhluk) dan neraka (yang juga makhluk) tetapi Tuan Punya Syurga dan Neraka itu sendiri iaitu Allah (Khaliq). Jadi mereka diasuh supaya beribadah kerana Allah semata-mata, bukannya kerana makhluk. Ini tidak bermakna mereka menolak syurga dan tidak mengharapkan syurga. Juga bukan bermaksud mereka memperkecil-kecilkan pemberian kurniaan Allah sebagaimana yang disangkakan oleh orang2 yang tidak melalui sukatan tarbiyyah para sufi. Sehelai rumput pun tidak akan sengaja dicabut oleh ahli2 sufi kerana sangat menghargai milik Allah, apatah lagi syurga.

Kita fikir begini. Untuk mendapatkan kelazatan teragung iaitu memandang Allah, di mana ya? Bukankah kena masuk syurga, untuk ahli syurga sahaja? Maksudnya, apabila seseroang itu bermatlamatkan Allah, bermatalamatkan kelazatan teragung iaitu memandang Allah, secara automatik dia tahu yang dia kena masuk syurga terlebih dahulu, dia akan dapat nikmat syurga terlebih dahulu. Jadi, bagaimana kita boleh katakan mereka sebagai tidak mengharapkan syurga, memperkecilkan pemberian kurniaan Allah, menyangka diri lebih tinggi daripada Nabi saw? Merekakah yang silap ataupun kita yang sebenarnya tidak punya pengetahuan yang memadai tentang isi kandungan sukatan tarbiyyah mereka tetapi kita tetap mahu bersuara?

Pada ayat terakhir dalam tulisan itu sudah ada jawapannnya yang juga jawapan bagi beberapa perkara lain, bagi yang mahu mendalami dan berjaya memahaminya. Sekiranya masih gagal untuk memaham, abaikan sahaja kerana untuk setiap ilmu itu ada ahlinya dan ada yang tidak direzekikan Allah sebagai ahlinya. Kita tumpukan usaha2 kita dalam bidang yang kita direzekikan berkeahlian di dalamnya sahaja, dan biarkan bidang2 lain untuk yang berkeahlian dengannya. Semoga kita diberi pemahaman oleh Allah SWT dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Wassalam.ABU ZULFIQAR AMSYARIhttps://www.blogger.com/profile/09936590149729652559noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8861092256560790050.post-8538188534096826882016-08-24T06:29:09.863+08:002016-08-24T06:29:09.863+08:00Kita taat kpd Allah swt, kerana itulah tanggungjaw...Kita taat kpd Allah swt, kerana itulah tanggungjawab kita sbg hambaNya.
Kita mengharap Syurga Allah swt, kerana itulah ganjaran, kurniaan Allah swt kpd hamba hambaNya yg taat.
Moga dijauhkan kita dr memperkecil kecilkan pemberian kurniaan Allah swt.
Sebaik baik setaqwa taqwa manusia mengajar kita mengharapkan Syurga Allah swt, sebaik baik Kalam, Kalam Allah swt juga mengajar kita meminta Syurga, siapa pulak orgnya yg berdarjat lbh tinggi dr Nabi saw yg tidak mengharapkan Syurga ?Anonymousnoreply@blogger.com