Wednesday, August 31, 2016

Meriahkan Kembali Kitab Ihya di Pusat2 Pengajian Agama

Suka untuk mencadangkan agar pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dihidupkan semula di pusat-pusat pengajian khususnya di pondok-pondok/pesantren dan umumnya di seluruh pusat pengajian agama Islam, sama ada secara terperinci ataupun sekurang-kurangnya secara ringkasan. Berikut adalah saranan kami tentang tempoh waktu pembelajarannya secara lebih kurang (dengan mengambil kira hari-hari cuti).

Sekiranya kitab Ihya' 'Ulumuddin disyarahkan secara TERPERINCI setiap hari selama 1 ke 1 1/2 jam, berapa lama boleh khatam?
Agakan kami insya-Allah dalam masa 2 setengah tahun ke 3 tahun. Ini satu tempoh waktu yang sangat cantik untuk sekolah-sekolah pondok atau institusi pengajian agama yang lain. Jika sekadar 1 jam ke 1 1/2 jam sehari, rasanya tidaklah mengganggu perjalanan sukatan tarbiyyah institusi berkenaan, apatah lagi jika dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran keseluruhan.

Sekiranya disyarahkan secara RINGKASAN ( 1 jam ke 1 1/2 jam sehari) setiap hari?
Insya-Allah dalam tempoh 8-9 bulan. Maksudnya sekolah-sekolah pondok atau institusi pengajian yang lain boleh ambil 1 tahun (biasanya dua penggal/semester) untuk diselitkan pengajian kitab Ihya' ‘Ulumuddin secara ringkasan.

Sekiranya disyarahkan secara RINGKASAN seminggu sekali?
Mungkin mengambil masa 5 tahun. Tempoh waktu ini juga masih sangat sesuai untuk pondok-pondok.

Sekiranya disyarahkan secara TERPERINCI seminggu sekali?
Sekitar 20 tahun. Tidak sesuai untuk orang-orang zaman ini kerana terlalu lama.

Apabila dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran, biasanya dalam seminggu boleh dapat 2 atau 3 hari. Bagaimana?

Katakanlah 3 kali seminggu :
Secara RINGKASAN = Ambillah 2 tahun. Untuk semua institusi pengajian agama pun sesuai.
Secara TERPERINCI = Ambillah 6-7 tahun. Untuk sekolah pondok memang sangat sesuai. (*Sebenarnya kami sangat mencadangkan yang ini).

Katakanlah 2 kali seminggu :
Secara RINGKASAN = Ambillah 3 tahun. Sesuai.
Secara TERPERINCI = Ambillah 9-10 tahun. Agak lama.

Sebenarnya banyak kitab-kitab lain yang diajarkan kepada generasi hari ini adalah ringkasan atau saduran daripada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sendiri. Contohnya :

1. Bidayatul Hidayah (oleh Imam Al-Ghazali).
2. Hidayatus Salikin (huraian kitab Bidayatul Hidayah oleh Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani).
3. Minhajul ‘Abidin (ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali).
4. Siyarus Salikin (ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Syeikh Abdus Samad al-Falimbani).
5. Mau’izatul Mu’minin (ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasyqi)).
6. Bimbingan Mu’min (terjemahan Mau’izatul Mu’minin, ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin).
7. Mutiara Ihya’ ‘Ulumuddin (terjemahan Bimbingan Mu’min dalam bahasa Melayu, ringkasan Ihya’ ‘Ulumudin).
8. Tazkiyyatun Nafs (intisari Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Syeikh Sa’id Hawa).
9. Buku Putih Ihya’ ‘Ulumuddin (saringan dan ringkasan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin).
10. Minhaj al- Qasidin (saringan dan ringkasan Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Ibnu al-Jauzi).
11. Mukhtasar Minhaj al-Qasidin (ringkasan kepada Minhaj al-Qasidin).
12. Pelbagai kitab kecil yang lain.


Abu Zulfiqar
31 Ogos 2016

Saturday, August 27, 2016

Muslimah ke Pengajian Utama Ihya

Pernah ada sekumpulan muslimah hendak datang ke majlis pengajian utama kitab Ihya' di Surau An-Nur, satu kereta katanya. Saya tak galakkan datang. Ikuti rakaman di Youtube sahajalah. Akhirnya mereka tak datang.

Kemudian ada seorang muslimah hendak datang. Saya syorkan tak perlu datang. Ikutilah rakaman di Youtube. Akhirnya dia datang dengan ibunya. Sekali datang sahaja.

Baru-baru ini ada dua orang muslimah lagi hendak datang. Sama juga, saya kata eloklah tak datang. Lebih baiklah ikuti rakaman kuliah di Youtube sahaja.

Tidak galakkan datang itu bukannya tidak bagi datang atau tidak suka datang. Kita juga tak nafikan kepentingan dan keberkatan menghadap guru. Tapi malam-malam nak datang berpuluh kilometer ke Trong ini, memang jauh. Dan tak ada kaum wanita yang ikuti pengajian kitab Ihya' di Surau An-Nur ini walaupun di sinilah syarahan terperincinya dibuat. Akan nampak pelik kalau tiba-tiba ada muslimah dari luar datang dan yang datang pun tentunya akan berasa tidak selesa.

Di Masjid PGA Ipoh dan di Surau Al-Akhbar (dan yang terkini insya-Allah sebuah surau lagi) memang ada syarahannya dan ada muslimah tetapi ringkasan sahaja. Yang terperinci hanya di Surau An-Nur.

Hendak datang juga, kami tentunya terima. Cuma kami nasihatkan lebih cantiklah jika tidak datang. (*Nak datang ke Surau Al-Akhbar di Sg Kerang memang boleh, kerana ada kaum wanita, tapi syarahannya ringkas2 sahajalah).



Abu Zulfiqar

26 Ogos 2016

Tuesday, August 23, 2016

Mengharap Syurga

SATU PERSOALAN DALAM WHATSAPP :

Assalamualaikum ustaz. Semoga ustaz sihat dan dirahmati Allah.
Sedikit pertanyaan dari saya.

1. Saya ada terdengar dari ceramah ustaz lain yang mengatakan kita beribadat berdoa kena mengharapkan syurga dan dijauhkan dari neraka. (Katanya jika tak mengharapkan syurga, kita sesat).

2. Manakala dari ustaz lain dan pembacaan saya (tasawuf), kita beribadat mengharapkan redha Allah dan tak mengharapkan syurga dan sebagainya.

Soalan saya, mana satu yang betul dan tidak sesat?
Minta juga ustaz beri sedikit penjelasan... Insya-Allah.

(*Kemudian penanya menambah satu video yang di dalamnya ada seorang penceramah mengatakan : “Pandangan sesetengah ahli tasawuf : “Syurga syurga ni tok sah fikir dah”. Ini ahli tasawuf sesat.”)

Minta komen ustaz.


JAWAPAN RINGKAS DI WHATSAPP :

“Kita beribadah dan berdoa kenalah mengharapkan syurga dan dijauhkan daripada neraka.”
Kenyataan yang ini betul.

“Jika kita tidak mengharapkan syurga, maka kita sesat.”
Kenyataan yang ini tidak betul.

“Tidak mengharapkan” syurga bukan bermaksud tidak mahu akan syurga, menolak syurga, membenci syurga dan yang seumpamanya. Yang sesat ialah apabila kita tidak mahu akan syurga, menolak syurga, membenci syurga dan yang seumpamanya. Dalam hal ini, yang kita kena teliti betul-betul adalah perbezaan antara kalimah “tidak mengharapkan” dengan kalimah “tidak mahu, menolak, membenci dll”.

Contoh : Pasukan bolasepak Malaysia BERHARAP dapat menyertai Piala Dunia buat pertama kali dan dapat masuk ke peringkat suku akhir. Dengan potensi pasukan Malaysia selama hari ini, rasa-rasanya pada pusingan pertama lagi kita akan keluar. Tapi kita BERHARAP dapat sampai ke pusingan suku akhir. Tiba-tiba menang peringkat suku akhir dan dapat ke separuh akhir. Adakah kita akan berhenti setakat itu sahaja walaupun sudah menang di peringkat suku akhir. Tentulah kita sangat teruja untuk bermain di peringkat separuh akhir pula. Mana boleh pulang begitu sahaja padahal sudah layak.

Jadi, TIDAK BERHARAP dapat ke peringkat separuh akhir bukan bererti kita menolak, membenci dan tidak mahu ke peringkat separuh akhir.

Dalam persoalan yang dikemukakan, TIDAK MENGHARAPKAN syurga bukan bermaksud menolak syurga.

“Pandangan sesetengah ahli tasawuf : “syurga syurga ni tok sah fikir dah.” Ini ahli tasawuf tak betul.”

Jika “tok sah fikir dah” itu bermaksud tak mahu, menolak, membenci dan lain-lain, maka ini pegangan yang salah. Tapi jika “tok sah fikir dah itu” bermaksud lebih memberi tumpuan kepada Allah sendiri sehingga cerita tentang syurga pun sudah jadi kecil dalam dirinya sebaliknya kebesaran Allah yang jadi besar dan menguasai hatinya, itu bukan kesalahan.

Wallahua’alam.


Abu Zulfiqar
23 Ogos 2016

Thursday, August 18, 2016

Tiada Jemu Berkorban Demi Agama

Allah SWT sudah sedia tahu, bahkan Dialah yang pada azali lagi sudah menentukan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab tidak akan beriman, yakni tidak akan menerima usaha dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Dia Maha Mengetahui, Dia Maha Mengatur.

Namun begitu, Allah tetap memerintahkan Rasulullah saw untuk buat kerja-kerja agama untuk mendapatkan mereka berdua. Samalah halnya dengan Nabi Musa dan Nabi Harun yang berusaha gigih berdakwah untuk mendapatkan Fir’aun.

Baik Nabi Muhammad saw, Nabi Musa atau Nabi Harun, mereka sentiasa gagal, tidak pernah berjaya sehinggalah ke akhirnya dalam kerja-kerja yang disebutkan di atas tadi. Bukan banyak kali gagal, semua kali pun gagal. Namun setiap kali gagal, mereka terima dengan hati yang teguh, kerana hal itu sudah ketentuan Allah.

Adakah selepas gagal itu mereka berhenti? Tidak! Usaha - gagal - terima. Kemudian usaha lagi, gagal lagi, terima lagi. Usaha - gagal -terima. Bukannya usaha - gagal - berhenti. Maksudnya mereka tetap berusaha walaupun berulang kali buat kerja, berulang kali gagal dan berulang kali terima ketentuan Allah dengan penuh keredhaan dan hati yang terbuka. Tidak boleh kita katakan perbuatan mereka itu sebagai membuang masa, sia-sia, tidak bersyukur, tidak menerima ketentuan Tuhan, tidak ada redha, menolak takdir, merugikan, tidak bijaksana, buat susah diri dan umat, atau sebagainya.

Sikap sebeginilah yang mesti kita contohi. Teruskan usaha berulang kali walaupun gagal berulang kali tetapi menerima ketentuan Allah dengan bijaksana berulang kali juga.

Contohnya - kita memohon kerja. Kita cari temuduga, dapat temuduga dan pergi temuduga. Keputusannya = gagal mendapatkan kerja tersebut. Kita akui dan terima bahawa kegagalan itu adalah ketentuan daripada Allah. Kemudian? Kita pun teruslah berhenti daripada mencari pekerjaan? Alasannya - buang masa, sia-sia, seolah-olah tidak bersyukur dengan apa yang ada, tidak menerima ketentuan Tuhan, tidak ada redha, menolak takdir, merugikan, tidak bijaksana, buat susah diri, keluarga dan kawan-kawan...... Beginikah jalan yang diredhai oleh Allah? Ataupun jalan yang diredhai Allah itu sepatutnya kita terus berusaha berulang kali berkorban mencari pekerjaan?

Iblis dan syaitan pun tidak pernah jemu-jemu berusaha dan berkorban buat kerja-kerja untuk menjahanamkan umat, maka kita juga jangan pernah jemu-jemu berusaha dan berkorban untuk buat kerja-kerja menyelamatkan diri dan umat. Malu kita kalau kalah dengan Iblis dan syaitan. Ringkas cakap, Iblis dan syaitan tidak kisah orang suka atau tidak, orang terima atau tolak kerja-kerja dakyah mereka. Orang suka atau tidak, orang terima atau tolak, kerja-kerja agama kita juga mesti diteruskan. Kita usaha, kita harap, kita tawakkal, kita redha, kita yakin.

Semoga Allah memilih kita untuk berada pada jalan ini dan diistiqamahkan-Nya sehinggalah ke akhirnya. Amin ya Allah.

(*Tulisan ini merupakan jawapan kepada seorang hamba Allah yang memohon pandangan sahaya. Hamba Allah ini baru berhijrah daripada kehidupan lamanya. Tak baru jugalah, sudah lebih dua tahun. Dalam tempoh dua tahun itu, banyak jugalah hal ehwal agama Islam yang dipelajarinya kerana dia jenis yang agak tekun mendalami ilmu-ilmu agama. Masalahnya, dia cuba untuk berdakwah kepada keluarganya khususnya ibu bapanya sendiri tetapi mendapat penolakan dan ada juga tentangan. Jadi akhir-akhir ini dia seakan-akan sudah putus asa dan bercadang untuk ‘stop’ semua usahanya ke atas ibu bapanya untuk dia tumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja agama yang lain. Wallahua’alam)


Abu Zulfiqar
18 Ogos 2016

Wednesday, August 17, 2016

Catatan Ringkas Audio Kitab Cinta 7

CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA 7

Pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke--150 (syarahan Kitab Cinta Allah kali ke-7).

Siapakah yang sesuai untuk belajar Kitab Cinta ini?

1. Orang yang belum tahu bahawa cinta makhluk kepada Allah sememangnya ada.

2. Orang yang belum tahu bahawa cinta Allah kepada makhluk pun memang ada.

3. Orang yang belum tahu (dan belum faham, belum sedar, belum amal, belum menghayati dan belum mencapai) bahawa mencintai Allah itu adalah wajib, bukan pilihan.

4. Orang yang belum tahu (dan belum faham serta belum sedar) bahawa sekiranya tidak mencintai Allah, orang itu akan dimurkai oleh Allah.

5. Orang yang belum tahu (dan belum faham, sedar, amal) bahawa cinta akan Allah ini adalah jalannya, tariqahnya (jalannya) dan sukatan pelajarannya.

6. Orang yang belum tahu (dan belum faham, sedar, amal, hayati dan capai) bahawa cinta akan Allah wajiblah melebihi cinta yang lain-lain. Cinta akan Allah mestilah no. 1, tak boleh no. 2.

7. Orang yang belum tahu (dan belum faham, sedar, amal, hayati dan capai) bahawa pada peringkat yang lebih tinggi, kita mestilah mencintai Allah sahaja. Cinta kita sebenarnya kena pada Allah sahaja, tidak kena pada mana-mana makhluk pun.

8. Orang yang belum tahu (dan belum faham, sedar, amal, hayati dan capai) bahawa pada peringkat yang lebih tinggi lagi, yang sebenar-benar ada yang sebenar-benar wujud) hanyalah cinta Allah sahaja.

9. Orang yang belum tahu (dan belum faham, sedar, amal, hayati dan capai) bahawa cinta Allah adalah maqam tertinggi dalam perjalanan kerohanian. (Mungkin sebelum ini kita ada usahakan maqam taubat, syukur, sabar, takut dan harap, zuhud, tawakkal, taat dan sebagainya).

10. Orang yang belum tahu (dan belum faham, sedar, amal, hayati dan capai) bahawa cinta Allah sangat mustajab untuk mengurangkan tekanan-tekanan (stress) lalu membahagiakan rohani dan jasmani kita.

(*Sesiapa yang sudah ada kesemua yang di atas, maka tidak perlulah dia mengikuti tarbiyyah Kitab Cinta ini. Yang belum ada, elok sangatlah ikuti)


Dalam pelajaran, ada beberapa peringkat (dari bawah naik ke atas) :
1. Peringkat tahu (sekadar tahu tapi belum faham, belum ada kesedaran, belum mengamal).
2. Peringkat faham (sudah tahu dan sudah faham, tapi belum ada kesedaran diri).
3. Peringkat sedar (sudah ada kesedaran, maksudnya sudah berniat dan merancang nak buat).
4. Peringkat amal (sudah pun berbuat, tapi belum sampai ke tahap menghayati apa-apa yang diperbuat).
5. Peringkat menghayati.
6. Peringkat mencapai matlamat.

Jadi, kita belajar Kitab Cinta ini mahu sampai ke peringkat yang mana? (Fikir-fikirkan dan ambil tindakan).

Contoh :

1. Peringkat tahu - Ali dapat tahu esok banjir besar akan berlaku. Tapi sekadar tahu, tidak faham, tidak rancang apa-apa dan tidak buat apa-apa.

2. Peringkat faham - Abu juga dapat tahu esok akan banjir besar, dan dia faham risiko yang mungkin dihadapi seperti merebaknya penyakit, makanan minuman tidak cukup, silap-silap ada orang mati dan sebagainya. Tapi belum ada kesedaran kerana Abu tidak merancang apa-apa.

3. Peringkat sedar - Ahmad dapat tahu dan faham, lalu dia sedar yang dia mesti bertindak. Dia pun merancang untuk selamatkan dokumen-dokumen penting, ubah kenderaan, sedia ubat-ubatan, bahan makanan, dan sebagainya. Sudah rancang, cuma belum buat.

4. Peringkat amal - Ahmad buat semua yang dia rancang tadi.

5. Peringkat menghayati - Ahmad menghayati amal dan tindakannya tadi. Dia buat bersungguh-sungguh, tidak sekadar melepaskan batok di tangga.

6. Peringkat mencapai - Banjir pun berlaku dan Ahmad berjaya mencapai matlamatnya untuk menyelamatkan diri, keluarga, harta benda dan lain-lain.


Dalam cinta Allah pun sebegitu juga.

1. Peringkat tahu - Baru dapat tahu tentang cinta Allah, pelajarannya dan lain-lain.

2. Peringkat faham - Dia baru faham mengapa mesti cinta Allah, mengapa wajib cinta Allah no. 1 dan sebagainya.

3. Peringkat sedar - Ada cetusan dalam hatinya untuk mendapatkan cinta Allah itu lalu dia mula merancang jalan-jalan untuk mencapai cinta Allah itu.

4. Peringkat amal - Dia mula belajar ilmu cinta Allah, cari guru yang cinta Allah dan mentarbiyyahkan cinta Allah, cari majlis-majlis yang mentarbiyyahkan cinta Allah, cari kawan-kawan yang fikrahnya cinta Allah, cari kitab-kitab tentang cinta Allah dan sebagainya. Dia pun mengamalkan ilmu-ilmu cinta Allah.

5. Peringkat menghayati - Dia tidak sekadar amal kosong begitu sahaja, tetapi menghayati amal-amalnya itu (*dengan panduan dan pemantauan guru).

6. Peringkat mencapai - Akhirnya dia berjaya mencapai maqam cinta Allah.


Kata Imam Al-Ghazali, sesiapa yang cinta mana-mana makhluk tetapi tidak tembus kepada Allah, iaitu cintanya tersangkut pada makhluk, orang itu jahil dan lalai dalam ma’rifah. Kita belajar ini kerana hendak keluar daripada kepompong jahil dan lalai itu tadi.

Semua kecantikan, kebagusan, kehebatan, kebaikan adalah daripada Allah. Oleh itu sewajibnyalah kita mencintai Pemilik semua itu iaitu Allah. Makhluk-makhluk ini sebenarnya (pada hakikatnya) hanyalah tempat laluan sahaja kepada pekerjaan Allah.

Mencintai yang dicintai itu, dicintai.
Contoh : Kita sayang Saiyidina Umar, manakala Saiyidina Umar cinta akan Allah. Perlakuan kita (mencintai Saiyidina Umar) itu dicintai oleh Allah.

Mencintai yang dicintai itu, dicintai.
Kita cinta Saiyidina Umar sedangkan dia dicintai oleh Allah. Jadi sikap kita (mencintai Saiyidina Umar itu) dicintai oleh Allah.

Dicintai yang dicinta itu, dicintai.
Kita dicintai oleh Saiyidina Umar (atau mana-mana ulama, wali), sedangkan Saiyidina Umar dicintai oleh Allah. Oleh itu kita dicintai oleh Allah.

Dari segi hakikatnya, semua cinta datang daripada Allah.

(*Imbas sedikit pelajaran Kitab Tauhid sebelum Kitab Cinta ini dahulu) :
Apabila guru cakap : “dari segi syariat”, kita kena set fikiran kita - itu dari sudut pandangan perbuatan/pekerjaan makhluk.
Apabila tok guru cakap : “dari segi hakikat” - maksudnya guru sedang cakap dari sudut pandangan pekerjaan/perbuatan Tuhan.

Yang turunkan hujan ialah angin, awan, atau malaikat yang semuanya makhluk. Dari segi syariatnya, yang turunkan hujan ialah makhluk. Kita lihat dari sudut pandangan pekerjaan makhluk.
Tapi dari segi hakikatnya, yang turunkan hujan ialah Allah. Selain daripada Allah, semua makhluk tidak ada sebarang kuasa untuk turunkan hujan.

Syariat - Nabi Muhammad yang lempar batu ke arah musuh.
Hakikat - Nabi Muhammad mana ada sebarang kuasa untuk melempar, melainkan Allah yang melempar.

Syariat - Saiyidina Hamzah yang memanah.
Hakikat - Aanllah yg memanah. Saiyidina Hamzah mana ada kuasa hendak memanah.

Syariat - Umar Mukhtar (Lion of the Desert) yang tembak guna senapang.
Hakikat - Semua itu pekerjaan Allah, bukan pekerjaan Umar Mukhtar. Umar Mukhtar mana ada sebarang kuasa.

Syariat - Air yang membasahkan.
Hakikat - Allah sahaja yang berkuasa membasahkan. Ringkasnya - Allah yang membasahkan, bukannya air. Air tidak ada sebarang kuasa.

Syariat - Api yang membakar Nabi Ibrahim.
Hakikat - Bukan api yang membakar tetapi Allah yang membakar. Api tidak ada kuasa langsung untuk membakar.

Syariat - Ubat yang sembuhkan skait. Makan ubat, hilang sakit kepala.
Hakikat - Ubat langsung tidak ada kuasa untuk sembuhkan penyakit. Allah sahaja yang mampu hilangkan sakit.

Syariat- guru yang mengajarkan.
Hakikat - guru langsung tidak ada kuasa dan ilmu tidak ada kuasa untuk mengajar. Allah yang mengajarkan. Tetapi guru bukan Allah dan Allah tetap bukan si guru. Berhati-hati, kerana sangat halus pembicarannya.

Sungguhpun yang memanah, menembak, membakar itu ialah Allah, tetapi semua itu tetap bukan Allah, bukan zat Allah. Nabi Muhammad bukan Allah. Saiyidina Hamzah bukan Allah. Guru bukan Allah.

Kita ini tidak ada jasa langsung dari segi hakikatnya, kerana semua jasa adalah kerja Tuhan.

Dari segi hakikatnya, semua cinta datang daripada Allah. Makhluk tidak ada rasa hendak mencinta. Hanya Dia yang mencinta, dengan qudrat Dia, bukan dengan qudrat selain Dia.

Dalam bahasa sufinya, ke mana sahaja kamu memandang, di sana ada Wajah Allah. Kita pandang ke mana pun, akan nampak pergerakan daripada Allah dan bukannya pergerakan daripada makhluk.

Dari segi hakikatnya, segala puji-pujian dalam alam ini seperti cantiknya, baiknya, dermawan, suci dan lain-lain semuanya Allah yang memuji dan patah balik kepada Dia. Tak kena pun pada kita. Itu maksud Alhamdulillah.

Dari segi hakikatnya Allah mencintai Dirinya sendiri. Yang Mencinta dan Yang Dicinta adalah sama. Puji-pujian itu daripada Allah ia datang dan kepada Allah tempat kenanya, tempat kembalinya. Terima kasih pun begitu juga. Daripada Allah ucapan/perasaan terima aksih itu datang, dan kepada Allah jugalah tempat tuju dan tempat kenanya. Kita sendiri pun macam tu juga. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Pada hakikatnya tidak ada mana-mana makhluk yang mencinta, dicinta atau bercinta. Yang ada hanya satu cinta, iaitu Allah mencintai DiriNya.

Tanggungjawab orang yang hanya ada ilmu syariat, belum ada ilmu hakikat :
Mesti berusaha mencapai yang paling dicintai mestilah Allah. Allah mesti nombor 1. Tidak boleh cinta selain Allah nombor 1. Ataupun sama-sama cinta Allah dan selain Allah nombor 1, tak boleh juga.

Tanggungjawab orang yang ada ilmu syariat dan sudah ada ilmu hakikat :
Tidak sekadar mencintai Allah nombor 1, bahkan kena sedar (dan hayati serta amal) bahawa Yang Mencinta dan Yang Dicinta hanyalah satu. Ada satu cinta sahaja.

Apabila kita berjaya mencapai ma’rifat, insya-Allah rasa bangga dir akan menurun bahkan hilang terus. Ketika itu baru betul-betul datangnya ikhlas, kerana kita sudah faham bahawa Allah yang buatkan kita jadi baik, bukannya diri kita, dari segi hakikatnya.

“Saya nak belajar ilmu cinta Allah, tapi pelajaran hakikat, makrifat, tasawuf, sufi semua tak mau. Semua itu bid’ah (yang sesat ke neraka yakni bid’ah dhalalah).”
Orang macam ini boleh sampaikah maqam cinta Allah? Tak akan boleh sampai, kerana pelajaran cinta Allah ini adalah pelajaran tasawuf. Ilmu ini ringkas kata tidak ada dalam ilmu-ilmu agama yang lain seperti ilmu mustalah hadis, ilmu faraidh, ilmu jenis-jenis bacaan Al-Quran dan lain-lain.

Makhluk tetap makhluk, Allah tetap Allah.

Kisah benar dua orang sahabat. Yang A kebetulan bawa sebilah sabit.
Dia bertanya kepada Si B (yang asas-asas agama pun tak berapa nak lepas) : Allah Taala tu siapa?
B : Tuhanlah.
A : Tak! Akulah Allah Taala!
B : ....................???
A : Engkau mengaku tak yang aku ni Allah Taala?
B : Hah? Angin pun aku tak nampak, ni engkau nak aku mengaku yang engkau Allah Taala? Pening terus!
A : (Sambil mengacu dengan sabitnya) Baik engkau mengaku yang aku ni Allah Taala. Kalau tak, aku sabit!
B : Engkau sabit aku, kalau aku tak mati, aku repot kat polis!
Nasib baik di tak jadi nak sabit kawannya. Sampai setara itu, punya nak mengaku dirinya Allah Taala.

Kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Misykatul Anwar, tidak ada Dia melainkan Dia. Tiada yang disembah selain Dia. Tiada Yang Menyembah selain Dia. Kata-katanya ini kita kena fikir dari sudut pandangan hakikat, jangan fikir dari sudut pandangan syaraiat, kerana tak akan sampai.

Mengapa kena cinta akan Allah? Antaranya, kerana kalau bukan kerana Allah, kita tak hidup, tak ada nyawa, tiada jasad, tiada perasaan, tak mampu berrfikir, dan sebagainya. Ada tak satu kuasa lain yang boleh bagi itu semua? Tak ada.

Bagaimana untuk mendapatkan cinta Allah? Langkah pertama - minta kepada Allah agar Dia kurniakan cinta kepada kita, kerana Dia Tuan Punya Cinta.

Cinta itu buahnya makrifah. Kalau pokok subur tapi tak ada buah, maksudnya tak ada cinta, setakat kenal shajalah. Lagi sihat pohon makrifah, lagi bagus buah-buahnya. Tak sihat pohon makrifah, kurang molek buah-buah yang dihasilkan. Sebab itu kita belajar tauhid terlebih dulu, nak kenal Allah. Kalau tak kenal tiba-tiba nak cinta, tak sampai cintanya.

Azazil kenal Allah tapi tak sampai ke peringkat cinta Allah. Kalau dia cinta, sudah tentu dia akan ikut arahan Allah iaitu supaya bersujud kepada Adam, tetapi dia tak mahu. Kalau betul cinta, Allah suruh buat apa pun, pasti dia buat.

Sudah makrifat, tetapi tak sampai kepada cinta, rugi. Ada ilmu (pohon) makrifah, tapi gagal keluarkan buah cinta - rugi.

Apa-apa sahaja contoh dan ibarat yang kita kaitkan dengan Allah, hal itu hanyalah untuk menghampirkan kepada faham. Jangan rasa itu adalah contoh atau ibarat yang sebenar, kerana tidak ada sebarang contoh, tamsilan atau ibarat yang tepat untuk Allah.

Tamat imbas kembali.

Ilmu makrifat , ilmu tasawuf ini ilmu yang halus-halus dan seni-seni. Sebab itu cara iblis syaitan nak rosakkan, seleweng atau gelincirkan kita pun adalah dengan cara yang halus-halus dan seni-seni juga. Kita tak perasan. Maka berhati-hatilah memilih kitab, kumpulan/jemaah dan guru-guru.

Teringat kisah dulu-dulu. Ada orang ajak : “Jom join kumpulan kami. Tok guru kami wali Allah!” Awal-awal dah angkat tok guru dia. Bukan tok guru saja, katanya rata-rata dalam kumpulan mereka itu wali Allah belaka. Termasuk dia le kot. Ingatkan dia cakap macam tu kita akan lagi tertariklah agaknya. Padahal kita lagilah tak tertarik. Awal-awal (belum apa-apa lagi) sudah dok angkat diri, padahal tasawuf ni menunduk.

Ada pula yang kata dapat perintah daripada Tuhan secara laduni supaya bertapa dalam gua. Bertahun. Hajat awal nak makan apa yang ada di sekitar itu sahajalah. Selang beberapa bulan, dia suruh orang hantar makanan, hantar nasi. Solat berjemaah dan solat Jumaat tak tahulah macam mana. Kalau dia boleh terbang ke Makkah tak tahulah. Keluar-keluar daripada pertapaan, mengaku jadi Sultanul Ariffin. Kononnya dulu setiap malam Nabi Khidhir datang mengajar.

Ada pula yang mendakwa kononnya kalau betul seseorang itu ahli tasawuf, bermakrifat, wali Allah, dia tidak akan bekerja. Kerana dia sudah yakin semua rezeki daripada Allah. Jadi dia pun tak kerjalah. Tapi makan minum cukup, sebab anak murid dok layan. Itu bukti dia wali Allah? Tok-tok guru lain semua bekerja, mengajar dan mengambil upah, ada bisnes dan lain-lain, maka bukan walilah.

Selepas Rasululah saw, yang paling afdhal adalah 4 orang khalifah. Tengok 4 orang khalfah ini, lebih hebat daripada tok guru dia lagi. Semua mereka bekerja. Imam Asy-Syafi’i jadi qadhi, Umar Abdul Aziz jadi khalifah, pernah jadi gabenor, malah pernah bekerja dengan kerajaan masa Hajjaj berada dalam pemerintahan. Imam Al-Ghazali, Imam Ahmad Al-Ghazali, Tun Perak, Sultan Muhammad Al-Fateh, gurunya Shamsuddin al-Wali, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan lain-lain, semuanya bekerja. Takkan nak kata semua ni bukan wali Allah melainkan tok guru orang itu tadi sahaja? (*Uwais Al-Qarni, Huzaifah ibnu Yaman, Abdur Rahman bin Auf - semua bekerja mencari nafkah. Maksudnya tidak bekerja atau tidak mencari nafkah bukanlah syarat atau bukti seseorang itu wali Allah atau tidak).

Orang tolong kita dengan harta, duit, layan kita dengan lemah-lembut, selamatkan kita daripada musuh-musuh, jadi perantara untuk kita cari kerja dan sebagainya. Kita pun sayang akan dia. Tapi sayang kita jangan terhenti setakat dia. Kena faham bahawa Allah yang gerakkan kaki tangan dan semua tentang dia. Allah yang rancang sejak azali. Allah yang tolong kita, bukannya makhluk (dari segi hakikatnya). Jadi kita kena ‘pandang’ Allah.

Kita lapar siapa bagi makan, siapa bagi kenyang? Allah. Kita sakit, siapa bagi sihat? Alllah, bukannya ubat atau doktor.

Yang tolong kita selama hari ini ialah Allah, bukannya makhluk. Semua yang tolong kita digerakkan oleh Allah. Yang paling berjasa ialah Allah. Dan pada peringkat tinggi lagi, satu-satunya Yang Berjasa ialah Allah. Kita langsung tak ada jasa. Itu dari segi hakikatnya.

Daripada jutaan sperma yang berenang-renang, Allah pilih kita. Bukannya emak kita yang pilih. Yang bagi makan kepada kita sepanjang berada dalam kandungan, bukan bapa kita. Yang bentukkan diri kita bagi keluar tangan, kaki, kepala, tulang belakang, urat-urat saraf, semuanya Allah, bukannya doktor.

Telinga tersumbat, tak dengar, berdesing dan sakit. Jumpa doktor, selesai, hilang masalah. Punya berterima kasih, terasa macam nak peluk doktor. Padahal Allah bagi telinga kita elok sihat sudah berapa lama dah. Sakit gigi, sampai ke belakang (kepala dan tengkuk) sakitnya. Jumpa doktor, selesai masalah. Punya rasa berterima kasih, terasa macam nak peluk doktor. Tapi doktor perempuan, isteri orang pulak. Masalahnya, kadang-kadang tak ada pun perasan nak berterima kasih kepada Allah.

Bagi ahli-ahli sufi, dunia ini pun dah seakan syurga dah, tak terhitung nikmat yang ada yang kita dok kecap. Alangkah banyaknya nikmat berbanding mudarat. Tapi kalau kita terkena mudarat, seolah-olah tak pernah dapat nikmat (punya mengadanya). Padahal demam tuu kadang-kadang, yang dok sihat berapa puluh tahun dah.

Zaman remaja, saya naik basikal keluar dari simpang kampung. Ada sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua orang cina. Dia nak jalan jugak, kita mengelak. Padahal memang jalan kita dan dia sepatutnya kena berhenti. Lepas itu saya pun tengok belakang, dia tunjuk isyarat lucah. Saya pusing pulak. Sepatutnya saya buat tak tahu, berlalu sahajalah. Entah mengapa pergi pusing balik. Tahu dah, memang saya bakal kena belasah. Dalam dok berlawan cakap, tiba-tiba ada teksi berhenti. Turun satu orang lelaki, tak kenal, tak pernah tengok, berambut panjang, keriting, seluar ketat, bergaya rockers. Dia tolak cina-cina tu dengan dada dia sahaja. Tak berani mereka. Saya punyalah berterima kasih, tapi tak terkeluar di mulut, dalam hati sahaja. Entah mengapa tak terucap. Kenapalah aku tak terucap terima kasih? Sampai sekarang dok teringat dan rasa sangat berterima kasih. Tak pernah jumpa dah lelaki tu. Sebenarnya yang gerakkan lelaki itu dan yang bagi fikiran kepadanya nak tolong kita ialah Allah. Terima kasih kepada Allah.

Air tak boleh bagi hilang haus dan tak boleh membasahkan. Allah yang berkuasa menghilangkan haus dan membasahkan. Api tak boleh membakar, elektrik tak boleh menyalakan lampu, tok guru dan kitab tak boleh bagi faham. Duit banyak tak boleh bagi cukup. Hanya Allah yang boleh.

TAMAT AUDIO KITAB CINTA ALLAH KALI KE-7


*Tulisan ini hanyalah ringkasan. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih cantik dan tepat, tonton atau dengarlah rakamannya.


Yang Menguasai Hati Kita?

Umumnya apa yang banyak bersarang dan paling berkuasa dalam hati kita, itulah yang akan kita keluarkan sama ada secara sengaja ataupun tidak melalui lisan (kata-kata), tulisan dan perlakuan. Itulah yang paling banyak kita suka fikirkan, bualkan, tuliskan, tunjukkan, pamerkan dan isyaratkan.

Oleh itu kita mestilah selalu bermuhasabah diri, berterusan - apa yang paling banyak kita suka untuk fikirkan, bicarakan, tuliskan dan lakukan atau isyaratkan?

Lorongkanlah kami wahai Allah agar Engkau dan Rasul-Mu yang paling dominan dalam hati kami ini. Sekiranya ada fikiran, kata-kata dan tulisan-tulisan kami lebih berkenaan selain tentang Engkau dan Rasul-Mu, tegurlah kami wahai Allah. Datangkanlah hamba-hambamu yang dapat menegur, memperingat dan membetulkan kami, agar Engkau dan Rasul-Mu yang paling besar dalam hati kami lalu menjadi yang paling banyak dan paling kami sukai untuk fikirkan, tuliskan, bicarakan, pamerkan dan isyaratkan. Amin.


Abu Zulfiqar
16 Ogos 2016


Saturday, August 13, 2016

Puisi - Cahaya Cinta Sebatang Lilin

Kala dunia penuh dengan kegelapan kebencian,
ahli-ahli tasawuf tetap membawa cahaya cinta dan kasih sayang
sekalipun kegelapan kebencian itu seluas alam
dan api pemberi cahaya cinta itu
sekadar sekecil api sebatang lilin.
 
Di tengah-tengah lautan kegelapan kebencian itu,
cahaya api sebatang lilin itu juga yang terpandang mata.
 
Abu Zulfiqar
13 Ogos 2016

Friday, August 12, 2016

Mengalah Pada Bisikan dan Hasutan?

Teringat kisah seorang sahabat lama. Dia pernah menceritakan kepada saya pengalamannya yang sangat bagus untuk dijadikan teladan. Dia berasal dari Kelantan. Lahir dalam keluarga yang besar dan susah. Kecil kurus sahaja orangnya tetapi bersemangat tinggi.

Suatu ketika dia bercadang untuk menyambung pelajaran agama ke Timur Tengah. Ada dalam kalangan saudara-maranya yang membangkang dengan pelbagai alasan pematah semangat seperti keluarga susah, di sini pun boleh cari ilmu agama, tidak kasihankan ibu bapa, tidak bersyukur dengan apa yang ada, pentingkan diri sendiri, mengejar cita-cita yang sukar dan menyusahkan orang, tidak mahu mendengar nasihat orang-orang yang lebih tua, tubuh badan memang jenis tak berapa sihat, belajar agama nanti susah dapat kerja, dan macam-macam lagi.

Namun sahabat saya ini bertekad meneruskan juga perjalanan keagamaannya ke Mesir. Memang susah dan menempuh pelbagai cabaran, tetapi dia tidak mahu kalah dengan bisikan-bisikan syaitan, katanya. Syaitan akan berusaha gigih mencari jalan untuk membuatkan dia batalkan segala perancangannya. Tidak berjaya melalui dirinya, syaitan akan berperanan melalui diri orang-orang lain pula. Cekap!

Selepas beberapa tahun, dia pun pulang setelah menamatkan pengajiannya. Pulang-pulang terus pula dapat kerja yang baik, terus dapat jodoh, aktif dalam gerakan dakwah, besarkan rumah di kampung, beri duit bulanan kepada ibu bapa, berkenderaan besar, tanggung adik-adik, dan memang nampak perubahan status ekonomi keluarganya.

Dan dia perhatikan keadaan orang-orang yang cuba menggagalkan cita-citanya dulu...... anak-anak tidak berapa menjadi, yang bermasalah ada, yang menganggur ada, yang bekerja pun sekadar kerja-kerja yang tak berapa nak cukup makan, pelajaran tidak tinggi, kehidupan tidak senang, malah menyusahkan keluarga sendiri dan orang lain, dan nampak status ekonomi keluarga masih sama macam dulu juga. Dari segi ilmu-ilmu agama, lebih kurang macam sebelum sahabat saya ini ke Timur Tengah dulu juga, tiada pertambahan pun. Apabila bertemu dalam majlis-majlis, yang dulunya berapi-api menurunkan motivasi sahabat ini, sekarang menundukkk je.

Inilah yang dikatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukannya bersenang-senang sekarang tapi bersusah-susah kemudian. Tapi memang biasanya manusia lebih suka memilih untuk bersenang-senang sekarang. Syaitan lagilah suka.

Sebenarnya ada seorang kenalan yang minta pandangan kerana dia teringin belajar agama ke Yaman. Saya pula bukanlah tahu sangat akan situasi Yaman hari ini, tapi katanya tempat yang dia hendak pergi itu selamat. Cuma suara-suara bisikan dan hasutan ‘syaitan-syaitan” di sini katanya yang membuatkan dia agak pening kepala. Panjanglah ceritanya tapi tidaklah saya kongsikan di sini. Maka saya cuma kongsikan cerita di ataslah kepadanya. Terpulanglah untuk dia memohon gerak daripada Allah sambil membuat penilaian sendiri. Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar
11 Ogos 2016

Catatan Ringkas Audio Kitab Cinta 6

Pengajian Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-149 (Syarahan Kitab Cinta kali ke-6)

Dari sudut syariatnya, kitalah yang berusaha untuk datang ke majlis pengajian. Namun dari sudut hakikatnya, Allah yang pilih dan tentukan kita untuk hadir, dipilih dan ditentukan-Nya pada azali lagi, sejak sebelum ada mana-mana makhluk. Dan sekarang, Dia sedang melaksanakan apa yang Dia rancang itu. Tidak ada sebarang kesalahan, kesilapan atau pertukaran. Sebagaimana yang Dia rancang pada azali, sebegitulah yang Dia laksanakan sekarang . Perancangan-Nya adalah sempurna.

Imbas kembali - Punca-punca atau asal-usul cinta. Dari mana datangnya cinta?

Dari segi syariatnya ada 5 sebab/faktor kewujudan cinta :
1. Cinta muncul kerana sifat semulajadi kita iaitu memang cinta (sayang) akan diri kita sendiri. Kita suka yang lain-lain pun kerana ada kepentingan untuk diri kita sendiri.
2. Cinta timbul kerana sifat semulajadi iaitu kita akan menyukai pihak yang buat baik (al-ihsan) kepada kita. Kita suka orang yang tolong, bantu, bagi hadiah, ambil berat, tunjuk kasih sayang dan sebagainya kepada kita.
3. Cinta hadir kerana sifat semulajadi kita memang suka apa sahaja yang elok, cantik, bagus, hebat. Kita suka pemandangan, bunga-bungaan, haruman, sungai, lautan, air mengalir dan sebagainya walaupun kita tidak dapat miliki pun semua itu .
4. Cinta datang kerana mata hati kita ada kebolehan luarbiasa untuk mencintai hal-hal yang ghaib, yang batiniyyah, yang tak boleh dikesan oleh pancaindera yang lima.
5. Cinta terhasil kerana ada keserasian, ada ngam.

Semua yang di atas adalah dari segi syariat. Semua cinta itu kita nampak datangnya daripada makhluk. Ia bermula daripada diri kita, daripada orang lain, daripada alam dan lain-lain yang semuanya makhluk. Namun dari segi hakikatnya, cinta itu kesemua datang dari mana? Yang wujudkan cinta ialah Allah , maka datangnya daripada Allahlah.

Siapa yang datangkan perasaan terhutang budi kita kepada orang yang tolong kita? Allah. Siapa yang gerakkan orang untuk datang beri hadiah dan buat baik kepada kita? Allah juga! Dia yang buat, Dia yang rancang, Dia yang Dia yang gerakkan. Semuanya daripada Allah.

Kesimpulannya, apakah punca wujudnya cinta? (Dari segi hakikatnya) Allah. Dari mana punca dan asal-usul cinta? Allah. Daripada Allah cinta datang, kepada Allah ia kembali.

Pada hakikatnya, Yang Mencinta itulah Yang Dicinta. Ini dalam bahasa sufinya. Ada satu cinta sahaja sebenarnya (pada hakikatnya). Cinta itu daripada Allah, kepada Allah. Kita ini sekadar tempat laluan kepada cinta itu tadi. Kita tidak ada kuasa upaya untuk mencintai orang . Orang lain pun tidak ada kuasa untuk mencinta kita. Semua cinta berlaku keranaan Allah yang buat. Ini bahasa sufi, bahasa dalam, berhati-hati, jangan sampai tersalah faham.

Orang yang ada ilmu hakikat dan mencapai pula makrifat, cintanya menembusi makhluk lalu kena pada Allah. Dia sayang akan orang , sebenarnya dia sayang akan Allah. Yang tidak ada pengetahuan ilmu hakikat, cintanya akan tersangkut pada makhluk.

Imbasan cerita tentang hakikat pujian. Ada 4 jenis pujian iaitu :
1. Allah puji dirinya sendiri. Puji Qadim bagi Qadim. Pujiannya kena pada siapa? Kena pada Allah. Tidak kena pada selain dia.
2. Allah puji makhluk. Puji Yang Qadim bagi baharu. Contohnya Allah puji nabi-nabi. Kena pada siapa puji-pujian itu? Dari segi hakikatnya, siapa yang buatkan para nabi itu jadi sabar? Nabi-nabi itu tidak ada kuasa. Jadi, walaupun Dia puji makhluk yang baharu, pujian itu kena kat dia juga.
3. Makhluk puji Allah. Puji yang baharu pada Yang Qadim.
4. Makhluk puji makhluk. Puji yang baharu bagi yang baharu. Contoh : Cantiknya orang itu. baiknya orang itu, dermawannya ornag itu. Siapa yang buat dan tentukan mereka itu jadi cantik, baik dan dermawan? Siapa tadbir semua itu? Allah. Semuanya kerja Tuhan dan gerak Tuhan. Maksudnya dari segi hakikatnya, segala puji-pujian itu tidak kena pun pada makhluk.

Keempat-empat jenis pujian di atas semuanya kena pada Allah, langsung tidak kena pada mana-mana makhluk, dari segi hakikatnya.

Kesimpulannya, segala puji kena pada Allah. Apabila kita sebut : "Alhamdulillah”, 100% pujian yang ada kena pada Allah, tidak kena pada kita (makhluk).

Kita juga pernah belajar, bahawa dari segi hakikatnya, Yang Menyembah itulah Yang Disembah. Tapi jangan sesekali kita kata diri kita ini Tuhan. Kalau orang yang tidak ambil tahu bahasa kaum sufi, dia akan tersalah faham. Sebenarnya itu dari segi pandangan hakikat. Yang Memuji itulah Yang Dipuji. Yang Mencinta itulah Yang Dicinta. Yang (Menjadikan )Menyembah itulah Yang Disembah.

Kita ulangkaji hakikat berterima kasih. Orang buat baik kepada kita, kita berterima kasih kepadanya, iaitu kepada makhluk. Sebenarnya (pada hakikatnya) semua kebaikan mereka adalah atas qudrat Allah, gerak Allah, bukannya atas qudrat dna gerak mereka, Oleh itu ucapan terima kasih kita ini dari segi hakikatnya tidak kena lansung pada mereka tetapi kena pada Allah.

Pada hakikatnya tidak ada yang berjasa selain daripada Allah. Orang yang ada ilmu hakikat dan berjaya mencapai makrifat, terima kasihya menembus makhluk dan kena pada Allah. Yang tidak ada ilmu hakikat, terima kasihnya setakat makhluk dan tidak tembus sampai kepada Allah.

Kita ambil perumpamaan untuk menghampirkan kepada faham. Orang yang berilmu hakikat dan mencapai makrifah seumpama seorang yang menyuluh torchlight kepada satu cermin, tembus, cahaya torchlight itu terpapar di dinding. Yang tidak ada, seolah-olah dia suluh ke cermin muka (atau mana-mana cermin yang tidak lut sinat), cahayanya tersangkut pada cermin, tidak tembus ke dinding.

Apa punca cinta Allah tidak hadir pada diri kita?
1. Kerana kita tidak kenal (ma’rifah) Allah.
2. Kerana mungkin kita ada kenal tapi tidak cukup kenal.
3. Kerana keindahan Yang Maha Indah itu masih terhijab kepada kita.

Hendak cinta mestilah kenal, hendak kenal mestilah tahu, hendak tahu mestilah mencari tahu.

Manakan boleh datangnya cinta jika tidak mengenal. Manakan mungkin datangnya kenal jika tidak tahu. Mana bisa tahu sekiranya tidak mencari tahu.

Mencari tahu biar sampai tahu, sudah tahu biar sampai kenal, sudah kenal biar sampai cinta, sudah cinta biar kekal selamanya.

Kitab Ihya’ ini terdiri daripada 40 buah kitab di dalamnya. Kitab Cinta adalah kitab yang ke-36. Ia tidak dijual berasingan. Tetapi di Indonesia ada dijual Kitab Cinta sahaja secara berasingan.

Dari segi penghasilan karya-karya agama, umumnya Indonesia lebih ke hadapan daripada kita. Baik terjemahan atau buat kitab. Kitab Al-Umm, lama dah mereka terjemah, kita belum lagi. Kitab Ihya’ ini pun dalam bahasa Melayu Indonesia.

Ada seorang kawan kata dirinya resah kerana memikirkan dosa-dosa silam. Sebenarnya resah memikirkan dosa-dosa silam itu bagus. Yang kita takut ialah apabila kita tida resah memeikirkan dosa-dosa kita. Kita rasa diri kita terlepas, bebas daripada dosa-dosa. Dari satu sudut, apabila Allah buatkan kita resah memikirkan dosa, maksudnya dia sedang membuka lebuhraya keampunan dan taubat keinsafan kepada kita.

Kata Imam Al-Ghazali, orang yang suka akan sesuatu tapi tidak dikaitkannya dengan Allah, ini orang yang jahil dalam makrifah, atau lemah dalam makrifah, cuai dan lalai dalam bermakrifah. Kata ulama dulu-dulu, awwaluddin ma’rifatullah. Awal-awal agama ialah mengenal Allah.

Yang kita suka kepada isteri kita, Allah yg buat. Yang isteri kita baik kepada kita selama ini, Allah yang buat. Oleh sebab it ulah kita kena kasih akan Allah.

Cinta akan Nabi Muhammad itu terpuji, kerana cinta itu juga sebenarnya cinta kepada Allah.

Ketika berselawat sepatutnya kita terus ingat akan Allah terlebih dahulu, bukannya nampak Rasulullah sahaja. Bukankah pada awal-awal selawta lagi sudah disebut : “Allah.......”

Begitu juga apabila kita sayang akan orang-orang soleh, sebenarnya kita sayang akan Allah. Siapa yang buatkan seseorang itu soleh? Tentulah Allah. Siapa yang datangkan peraaan cintakan orang soleh? Allah juga. Maka sepatutnyalah kita mencintai Allah.

Dicintai orang yang dicintai itu, dicintai.
Rasul bagi Yang Dicintai itu, dicintai.
Yang mencintai yang dicintai, itu dicintai.

Orang yang kenal dirinya dan kenal Tuhannya sudah pasti dia sedar bahawa (pada hakikatnya) tiada wujud bagi dirinya. Dari segi bahasa dalamnya - yang wujud hanya Allah.

Perbuatan kita, cakap-cakap kita, lintasan hati kita, melihat kita, mendengar kita, merasa kita, sifat-sifat kita, dari segi hakikatnyae adalah pekErjaan Allah. Dari segi hakikatnya itu, kita langsung tidak ada apa-apa. Jadi, siapa yang sebena-benarnya Yang Hidup? Allah! Hidup kita makhluk ini tiada sandaran. Siapa sebenarnya yang wujud? Allah!

Kata KH Abdullah Gymnastiar, dalam kita duduk-duduk macam ni sahaja pun, dalam badan kita ada 1001 aktiviti yang sedang beroperasi tanpa kita campur tangan pun. Siapa yang buat semua itu? Allah yang buat. Kalau setara itu kita tidak cinta akan Allah lagi, memang tak patutlah.

Mencintai Allah itu wajib, bukan boleh dipilih-pilih. Orang tolong kita sikit sahaja pun, tolong tunjuk jalan, kita rasa terhutang budi sangat dah,.Allah? Dia tolong wujudkan segala-galanya buat kita, berapa banyak Dia punya jasa tak terkira, sepatutnya Dialah yang kita cinta.

Kata Imam dalam kitabnya Kimiya’ us-Sa’adah, hendak mendapatkan kebahagiaan sejati, kita kena kenal 4 perkara. Kenal diri, kenal Allah, kenal dunia dan kenal akhirat.

Cinta itu buah ma’rifah. Kenal (ma’rifah) itu ibarat pokok. Cinta itu ibarat buahnya. Pokok yang sepatutnya berbuah, tiba-tiba tidak berbuah, apalah ertinya, apalah nilainya. Tanam sawit, kita harap berbuah, tiba-tiba tidak berbuah. Apalah gunanya sawit itu?

Kalau benar kita sayang akan diri, kenalah sayang Tuan, kerana Tuhan yang adakan diri kita ini. Kita ni ada sebab Tuhan. Kita sayang dan jaga kesihatan kuku, kulit, muka, rambut, tiba-tiba tak mahu jaga kesihatan jantung. Yang kita dok ada ni sebab sihatnya jantung. Kalau jantung berhenti, habislah. Yang lain-lain sihat acam mana pun tidaklah berguna.

Tengah-tengah panas, kita suka akan naungan/teduhan pokok. Sebenarnya kita kena suka pada pokok., tak boleh suka teduhan sahaja kerana teduhan itu berpunca daripada pokok tersebut. Kita cinta diri kita, tiba-tiba tak cinta Allah. Mana patut. Cinta makhluk, tiba-tiba tidak cinta akan Yang Mengadakan Makhluk.

Kita hidup, ada bernyawa, ada jasad, belum hancur, ada akal, ada perasan ada nafas, ada semua organ dalaman, ada keluarga, ada rezeki dan lain-lain semuanya diadakan oleh Allah. Wajibkah tidak cinta kepada Allah? Pastilah wajib, bukan pilihan.

Kadang-kadang orang buat perumpamaan (sekadar untuk menghampirkan kepada faham), Kita dengan Tuhan seumpama bayang dengan pokok. Pokok diam, bayang-bayang pun diam. Pokok bergerak, bayang-bayang pun bergerak. Jadi pada hakikatnya siapa yang sebenarnya hidup? Tentulah Allah. Bayang-bayang bergnanung kepada pokok. Bayang-bayang tidak boleh melawan tuannya.

Bayang-bayang kita bergerak kerana geraknya kita.

Kebanyakan orang cintanya tersangkut pada makhluk. Isteir kita buat makanan. Kita makan, kenyang, dan berterima kasih. Terima kasih kita tersangkut pada isteri sebab kita tidak kaitkan dengan Allah. Segala puji kita sepatutnya hanya bagi Allah.

Posmen hantar hadiah banyak ke rumah kita. Kita berterima kasih kepada encik posmen (sahaja). Tak patut. Sepatutnya kita berterima kasih kepada yang kirimkan hadiah itu. Begitulah ringkasnya.

Matahari keluarkan cahaya? Allah sahaja yang berkuasa keluarkan cahaya. Semuanya hasil daripada qudrah Allah Taala.

Menurut Imam Al-Ghazali, semua contoh-contoh yang dibuat itu bukan kena tepat pada hakikatnya, tetapi sekadar untuk hampirkan kepada faham.

Prof. Hamka seorang cendekiawan, tapi dari segi hakikat makrifat ini nampaknya bukan rezeki dialah, setakat yang kita tahu. Dalam satu peristiwa, ulama bagi contoh (untuk menghampirkan kepada faham) bahawa Tuhan dengan mahluk itu seumpama pokok dengan bayang-bayang. Kerana ada dua sahaja iaitu pokok untuk Khaliq dan bayang-bayang untuk makhluq. Hamka mempertikaikan contoh itu dalam bukunya. Ditanyanya - Jika Tuhan itu pokok dan makhluk itu bayang-bayang pokok, maka dari mana datang cahaya penyuluhnya? Nampak sangat Hamka tidak faham, kerana yang ada hanya Khaliq dan makhluq, maka dua benda contoh sahajalah. Tak bolehlah hendak ditanya - mana cahayanya, mana tanahnya, mana udaranya dan sebagainya. Selain Tuhan dan makhluk, ada lagikah yang lain-lain? Sebab itulah diberi contoh dua sahaja iaitu pokok untuk Tuhan dan bayang-bayang untuk makhluk.

Hamka ada tulis buku bertajuk Tasawuf Moden, tapi sebenarnya lebih kepada ilmu akhlak sahaja.

Pada awalnya Hamka banyak terpengaruh dengan Kaum Muda. Tetapi di hujung-hujung nyawanya dia banyak berlembut dah..

Kita kena faham, bahawa ulama-ulama buat perumpamaan sekadar untuk hampirkan kepada faham, bukan untuk contoh yang hakiki. Bahasa sufi bahasa dalam. Berhati-hati jangan tersalah faham.

Banyak contoh untuk menghampirkan kepada faham yang dibuat oleh para ulama tentang Tuhan dan makhluk seperti : bagaikan matahari dengan sinarnya, kaca dengan gelas, pokok dengan bayang-bayang, diri kita dengan bayang-bayang, dan lain-lain. Itu semua bukan contoh yang betul, sekadar untuk hampirkan kepada faham. Sesiapa yang menyangkakan itu semua contoh betul, dia akan tersalah faham.

Kita tengok bayang kita dalam cermin. Bayang kita itu kita ke bukan? Kitalah tapi bukan kita. Contoh, kita mencuri banyak lalu nak kena hukum pancung. Nak pancung yang dalam cermin ke atau yang di luar? Yang di luarlah.Yang dalam cermin itu kita tapi bukan kita. Takkan nak pancung yang dalam cermin. Yang sebenar kita ialah yang di luar cermin.

Alam syahadah ialah apa yang dapat kita saksikan dengan mata kepala kita. Orang berma’rifah, cintanya tidak tersangkut pada alam syahadah ini, tetapi tembus ke alam malakut. Alam malakut ini tidak dicapai selain oleh orang yang sifat-sifat rohaninya mendekati malaikat.

Yang boleh ke alam malakut atau ke langit tinggi ialah manusia dan jin. Haiwan tak boleh. Kerana kita dikurniakan sayap kerohanian tetapi haiwan tidak. Sebahagian orang tak tahu guna, sebab itu sayap kerohaniannya tidak kembang dan tidak boleh bawa dia ke alam malakut.

Ke alam malakut ini bukan macam dari sini kita pergi ke Taiping. Tapi ia berkaitan dengan pengalaman kerohanian.

Lagi banyak sifat-sifat malaikat pada diri kita maka lagi dalam kita boleh masuk ke alam malakut.

Nak cinta kena ada serasi.Macam mana nak serasi dengan Allah kalau tak serasi dengan Kalam-Nya iaitu Al-Quran, rumah-Nya yakni masjid surau, hukum-hakam-Nya, undang-undang-Nya, peraturan-peraturan-Nya dan para ulama-Nya. Kalau hukum Allah pun kata tak sesuai, macam mana nak serasi?

Azazil makhluk yang berma’rifah, tetapi dia tolak satu sahaja hukum Allah. Undang-undang Allah pada zaman itu ialah sujud kepada Adam. Azazil tolak satu sahaja undang-undang/syariat Allah, tengoklah apa jadi pada dia.

Berguru ilmu yang tinggi-tinggi ini, perhati syariat si guru. Kalau dia dok tolak syariat Allah, jangan diikut.

TAMAT AUDIO KITAB CINTA 6

Wednesday, August 10, 2016

Mana Datang Catatan Ringkas Kitab Cinta?

Dari mana datangnya catatan ringkas isi audio syarahan Kitab Cinta Allah ini?

Sebenarnya ada seorang hamba Allah bernama Haji Zaa yang mengambil inisiatif untuk memperdengarkan semula syarahan Kitab Cinta (kitab ke-36 dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali) dari fail pertama di satu group WhatsApp iaitu group “27 Rejab 1437 H” bermula dalam seminggu yang lalu.

Beliau download kesemua fail syarahan Kitab Cinta di Youtube, dikecilkan saiznya lalu dipersembahkan semula dalam format audio sepanjang lebih kurang 20 minit setiap satunya. Satu malam, satu fail. Alhamdulillah, syukur. Ribuan terima kasih juga kepada tuan haji kita atas susah-payahnya. Semoga mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.

Dari situlah catatan ringkas dibuat tentang isi kandungan audio tersebut, lalu dikongsikan pula teksnya.

Antara manfaat catatan ringkas ini :

1. Mudah dan cepat untuk kita mengimbas atau mengulangkaji isi kandungan setiap kali majlis syarahan itu.

2. Sebagai sedutan awal kepada setiap fail audio yang kita hendak dengar.

3. Untuk mereka yang punya kekangan masa untuk mengikuti syarahan Kitab Cinta dan mahu mengikutinya secara bacaan ringkas sahaja.

Semoga bermanfaat buat semua.



Abu Zulfiqar

10 Ogos 2016

Saturday, August 6, 2016

Kesilapan Menanggapi Takdir Allah

Salah faham sudut aqidah, sangat berbahaya - apabila menerima takdir Allah itu kita faham sebagai :

- tidak perlu berusaha mendapatkan yang layak diingini,
- tidak perlu mencari kejayaan yang belum ditemui,
- tidak perlu membetulkan kegagalan sebelum ini,
- tidak perlu menapak semula ke gunung setelah tergelincir jatuh ke gaung,
- tidak perlu membina semula binaan jambatan yang runtuh sebahagian,
- tidak perlu berusaha membetulkan kesalahan yang dilakukan dahulu,
- tidak perlu menyambung usaha jika pernah gagal,
- tidak perlu menyambung pelajaran jika ernah terkandas,

sebaliknya hanya terus menerima sahaja dan menyangka itulah sikap yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian dii'tiqadkan pula bahawa : "Apa yang Allah buat ini pastinya yang terbaik untuk aku!" Alangkah salahnya, alangkah malangnya..........

Sebab itu pelajaran tauhid/aqidah mesti dibereskan. Tanpa sedar kita sudah terkena tempias fahaman aqidah jabbariyyah yang sesat. Tidak belajar, tiadalah tahu. Setelah belajar, barulah tahu.

Carilah kuliah ilmu tauhid ilmu aqidah berhampiran anda. Semoga selamat sejahtera.

Abu Zulfiqar
6 Ogos 2016




Catatan Ringkas Isi Audio Kitab Cinta 5

CATATAN RINGKAS AUDIO KITAB CINTA ALLAH 5A

Kupasan Kitab Cinta kali ke-5 (Syarahan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-140).

Antara matlamat/ objektif sukatan pelajaran Kitab Cinta Allah ini ialah :
- Untuk semai benih cinta kepada Allah bagi yang belum disemai.
- Untuk hidupkan anak pokok cinta bagi yang sudah tersemai benihnya.
- Hendak suburkan lagi yang sudah ada anak pokoknya.
- Mahu besarkan, rimbunkan dan rendangkan lagi pohon yang sudah subur.
- Untuk menerbitkan buah-buahan cinta daripada pohon yang sedia subur lagi rimbun itu.
- Daripada buah-buah itu, hendak disebarkan lagi biji-biji benih cintanya ke seluruh alam supaya dapat dhidupkan pula sekian banyak pohon-pohon cinta Allah yang baharu.

Maqam cinta bukan untuk kita simpan seorang diri sahaja melainkan kita bertanggungjawab untuk sebarkannya ke seluruh alam khususnya kepada orang-orang Islam sendiri. Inilah antara kerja utama Rasulullah saw di sepanjang hayatnya. Sekarang perjuangan mempromosi dan marketing cinta Allah ini diwarisi oleh umat Islam pula, iaitu kitalah.

Antara kegunaan ilmu cinta ini, kalau bukan hari ini pun, sekurang-kurangnya suatu hari nanti kita akan sampai ke satu maqam di mana disebabkan cinta, apabila kita solat maka kita solat dalam keadaan bersama-samanya Allah, apabila berzikir pun dalam keadaan bersama Allah, berjalan bersamanya Allah, makan dalam keadaan bkebersamaan dengan Allah, juga ketika bekerja, tidur, mandi dan sebagainya. Kerana kita sudah cinta akan Allah.

Kata orang tua-tua, orang yang dilamun cinta tak terlepas daripada yang dicintainya walau di mana dan apa yang sedang dibuat (maksudnya asyik teringat). Insya-Allah suatu hari nanti kalau pun bukan hari ini.

Apakah punca2-punca/ faktor-faktor wujudnya cinta?
1. Kerana kita cinta diri kita sendiri.
2. Kerana kita terdorong untuk menyukai pihak yang berjasa kepada kita.
3. Kerana fitrah kita suka akan kecantikan, keelokan, dan kebagusan.
4. Kerana kita ada mata batin yang berupayaan untuk mencintai yang ghaib-ghaib.
5. Kerana ada keserasian.

Kalau kita serasi dengan Allah, wujudlah cinta. Yang tidak wujudnya cinta adalah kerana kita sendiri belum serasi dengan-Nya..

Pada hakikatnya, semua cinta yang lima ini datangnya daripada Allah dan menuju kepada Allah Allah juga, itu dari segi hakikatnya. Semua cinta yang 5 itu kena pada Allah, tak kena pada makhluk.

Jika diberi pilihan diri kita ini nak ada ke tak mahu ada? Kita akan pilih nak ada. Nak hidup ke nak mati? Kita akan pilih nak hidup. Nak sakit ke nak sihat? Kita akan pilih nak sihat. Nak selesa ke tak selesa? Kita akan pilih nak selesa. Kalau boleh kita nak diri kita kekal. Mengapa? Kerana kita cinta diri kita sendiri. Sekiranya kematian itu tidak menyakitkan pun, kita tetap pilih nak hidup.

Ada seorang hamba Allah cuba bina Taj Mahal mini. Namanya Faizul Hassan di Uttar Pradesh, India. Sudah 3 tahun dibinanya. Lebih kurang sebesar surau kita inilah. Guna duit sendiri. Bentuk sama macam Taj Mahal. Dibina kerana sangat cinta akan isterinya. 53 tahun hidup dengan isteri. Kemudian isteri meninggal, tak ada anak pula. Dibinanyalah Taj Mahal mini di belakang rumah. Sudah habis RM725,000 setakat hari ni. Punyalah cinta. Orang lain hendak beri wang derma, dia tak mahu, dia nak guna duit dia sendiri. Dia juga bercadang untuk dikuburkan di situ juga. Ada orang komen, lebih baiklah duit itu digunakannya untuk kahwin lain. Cinta makhluk, sanggup macam itu.

Hakikatnya, semua kecintaan tertuju kepada Allah. Semua pujian, semua terima kasih, semua kena pada Allah (pada hakikatnya), tak kena makhluk langsung. Manusia dan jin yang tidak ada ilmu tentang hakikat, cintanya akan tersangkut pada makhluk, tak tembus untuk kena pada Allah. Ucapan terima kasih mereka akan tersangkut pada makhluk.

Sebab kedua kewujudan cinta- kerana kita memang suka orang yang buat ihsan (kebaikan) kepada kita. Menurut Imam Al-Ghazali, manusia adalah budak (hamba) kepada al-ihsan. Kita ada rasa terhutang dengan orang yang berbudi kepada kita. Dari situlah lahirnya cinta. Hati manusia jadi lembut, ceria dan suka apabila menerima ihsan (kebaikan dan jasa) orang lain.

Ada perkara yang kita sayang terus dan ada yang kita sayang kerana ia jadi tempat laluan. Contohnya kesihatan. Semua orang nak sihat. Semua orang suka diri sendiri sihat. Tapi yang usahakan agar kita sihat (sembuh daripada sakit) ialah tabib atau doktor. Maka kita pun sayang kepada doktor. Sebenarnya kita bukan hendak akan doktor itu, kita hendka diri kita sihat, Tapi kita sayang tabib atau doktor itu kerana dia dijadikan Allah sebagai tempat laluan kepada sembuhnya sakit kita.





CATATAN RINGKAS AUDIO KITAB CINTA ALLAH 5B

Sebab ketiga wujudnya cinta - Kerana fitrah manusia yang suka akan keindahan, keelokan dan kecantikan. Kita suka alam sekeliling, tapi alam sekeliling itu tak dapat pun kepada kita. Nak dapatkan keindahan, kcontohnya masuk ke taman bunga di Cameron Highland, kita kena bayar. Bayar dAN masuk hanya untuk melihat-lihat, tidAK untuk dibawa pulang, tapi kita tetap suka kerana fitrah kita memang suka akan keindahan.

Yang paling Rauslullah suka ialah ibadah solat kerana lazatnya itu umumnya tak kena pada pancaindera tapi kena pada hati. Yang itu Nabi Mhammad paling suka berbanding bau-bauan dan wanita (*sebagaimana disebut dalam hadis). Sedap di hati sebenarnya mengalahkan sedap-sedap yang lain yang datang melalui pancaindera.

Kenapa cinta kepada Allah tidak tumbuh dan tidak subur? Sebab tak kenal Allah (*sekadar tahu Allah sahaja). Ada yang dah kenal tapi tak cukup kenal. Dan kerana keindahan Yang Maha Indah itu belum terlihat kepada kita.

Kita lebih takut kehilangan cinta makhluk berbanding kehilangan cinta Allah. Kita takut kehilangan cinta suami, cinta isteri, cinta masyarakat, cinta anak-anak, cinta majikan dan lain-lain lebih daripada takut kehilangan cinta Allah.

FAKTOR KEEMPAT KEWUJUDAN CINTA - Cinta kuat datangnya melalui mata. Tetapi... Allah tidak boleh dilihat! Bagaimana hendak mencintai-Nya? Caranya, Allah bagi mata hati. Hal ini kerana mata hati ada power lebih, ia boleh mencinta hal-hal lain yang tidka boleh dikesan oleh mata kepala.

Mata dapat menyukai/mencintai hal-hal yang ia nampak sahaja. Telinga boleh mencintai hal-hal yang ia boleh dengar sahaja. Hidung dapat menyukai bau-bauan yang ia boleh cam sahaja. Sedangkan Allah tidka boleh dilihat, didengar, dihidu dan lain-lain. Jadi, bagaimana hendak mendapatkan indah-Nya Allah yang tak boleh dilihat, dicium, dirasa dna lain-lain itu? Dengan menggunakan mata hati.

Golongan zahiri kata cinta kepada Allah ni tidak ada, kita hanya boleh mencintai keindahan yang boleh dikesan oleh pancaindera sahaja. Dengan Allah, tidak ada cinta-cinta, hanya ada taat. Kata Imam Al-Ghazali, pandangan sebegini sangat salah.

Keindahan dan kebagusan tidak semestinya terbatas kepada yang dapat dikesan oleh pancaindera sahaja.

Nak mendalami cinta Allah ni, kena lalui jalan mukasyafah. Dengan jalan mu’amalah tidaklah memadai.

Mengapa kita kata Allah indah? Dah tentulah ada sebab-sebabnya. Bukankah semua keindahan dalam alam ini dicipta oleh Allah, maka sudha tentulah Dia itu sendiri lebih indah, lebih lazat, lebih berilmu, lebih berpengatahuan sebagaimana yang layak bagi-Nya. (Mana boleh Dia ciptakan sesuatu yang berilmu dlaam keadaan Dia sendiri tidak berilmu atau kurang berilmu. Mana mungkin Dia menciptakan segala yang indah-indah di alam makhluk ini dalam keadaan Dia sendiri kurang indah atau tidak indah)

Kuda sebagai contoh. Kenapa kita kata seseekor kuda itu bagus? Kerana larinya laju. Kalau kuda tu tak berapa laju, maka peratus suka kita kepadanya pun menurun sikit kadarnya. Kita sukai sesuatu apabila ada elemen-elemen yang khusus dan layak baginya.

Kebagusan insan dan kebagusan kuda tentulah tak sama. Yanag paling orang suka pada kuda adalah kelajuannya. Yang bagus bagi manusia pula berbeza, bukan sebab lajunya, tetapi sebab-sebab lain.

Antara bukti Allah cintakan kita, Dia sediakan syurga. Syurga itu seluas langit dan bumi. Tak akan pernah sempit. Masuklah seramai mana pun.



CATATAN RINGKAS AUDIO KITAB CINTA ALLAH 5C

Seandainya manusia dari zaman Nabi Adam dan haiwan-haiwan dahulukala tak dimatikan, kita hari ini nak hidup di mana? Bumi penuh sesak. Dunia ini sempit. Sebab itulah ada hikmahnya sesekali Allah datangkan malapetaka seperti banjir, perang dan lain-lain. Tetapi kalau syurga? Masuklah seramai mana pun, tak akan penuh.

Mengapa kita sayang Saiyidina Abu Bakar? Bukan kerana kita sayang akan zatnya seprti rambutnya dan tubuh badannya tetapi kerana sesuatu sebab yang tersembunyi iaitu hatinya. Hatinyalah yang menyebabkan akhlaknya jadi bagus, pemahamannya tinggi , bersemangat pejuang dan sebagainya. Sebenarnya kita sayang yang tak dapat dinampak itu iaitu hatinya. Begitu juga dengan Imam Al-Ghazali, Imam Asy-Syafi’i dan tokoh-tokoh lain.

Berbanding dengan sungai, pemandangan dan kereta. Kita suka semua itu sebab zatnya. Tetapi kita suka tokoh-tokoh, para wali dan anbiya’ kerana sesuatau yg tersembunyi yang boleh dikesan oleh mata hati.

Oleh kerana hati kita mampu mengesan sesuatu yg tersembunyi, maka kita boleh mencintai yang tersembunyi. Tertolaklah pandagangan yang mengatakan tidak wujud cinta kepada Tuhan yang ghaib. Bukankah kita boleh mencintai Nabi Muhmmad dan malaikat Jibril padahal kedua-duanya tidak pernah kita nampak pun.

Hati kita mampu mencintai para nabi dan para sahabat walaupun kita tak pernah saksikan mereka secara berhadapan. Kita mencintai mereka sebenarnya kerana dalaman mereka. Bukan bentuk mereka yang zahir tetapi bentuk mereka yang batin.

Yang kita cinta Saiyidina Abu Bakar bukannya kita cinta tulang, daging, kulit dan sendi-sendinya. Hal ni kerana semua tu dah hilang (daripada kita). Tetapi kerana keimanan, keilmuan, dan ketaqwaan iaitu sifat-sifat terpuji pada Saiyidina Abu Bakar itu. Hal itu yang tak boleh hancur hilang.

Ahli sufi, tasauf dan tariqat no. 1 ialah Nabi Muhammad saw sendiri. Itulah contoh terbaik. Tak mampu ikut baginda? Kita usaha ikut yang bawah sikit. Siapa ya ? Khalifah yang empat.

Kita sayang para sahabat Nabi. Adakah kita pernah nampak mereka? Tidak. Kita marah akan kelakuan Abu Jahal dan Iblis? Penrhakah kita nampak mereka? Tidak juga. Maka dari mana datangnya suka dan marah tadi? Datangnya dari mata hati.

Hatim Al-Asham pemurah, Khalid al-Walid berani. Macam mana kita tahu? Dengan mata hati.

Oleh kerana kita ada mata hati, sepatutnya kita sampai ke maqam cinta Allah. Tapi adakah kita sudah sampai?

Kesimpulannya, kita cinta Allah kerana kita ada mata hati yang punya kelebihan luar biasa iaitu mampu mencintai yang ghaib-ghaib.

SEBAB KELIMA WUJUDNYA CINTA - Kerana adanya kesesuaian dan keserasian yang tersembunyi antara pecinta dan yang dicinta.

Oleh kerana ada kesesuaian/keserasian jiwa, sebab itulah ada perempuan yang bertudung litup tetapi kawan baiknya yang jenis tak tutup aurat dan berpakaian yang ketat-ketat. Mengapa? Kerana serasi. Keserasian ini rahsia Allah, sejak azali lagi.

Ada orang besar yang serasi dengan pemandunya. Sepatutnya dia berkawan rapat dengan yang sepadan dengan dialah. Tapi apabila dia nak bersembang, memancing, dia serasi dengan pemandunya lagi.

Ada dua sahabat yang boleh tinggal serumah, tetap berkawan baik dari zaman bujang sampai dah kahwin. Seorang ni suka duduk di rumah, main gitar, dengar lagu dan tulis cerpen. Seorang lagi pula jenis aktif ke sungai, berbasikal, dan memancing. Macam mana mereka boleh serasi padahal kecenderungan lain-lain?. Rahsia Allah.

Betulkah kita serasi dengan Allah? Yang menyebabkan tak cinta akan Allah ni adalah kerana kita tu tak serasi dengan Allah.

Macam mana nak datang serasi kalau dengan rumah Allah pun kita tak serasi. Tak rasa minat nak datang. Tengok masjid surau rasa tak minat. Jadi, macam mana nak serasi dengan tuannya?

Dengan Kitabllah yakni kalam Allah kita tak minat. Macam mana nak serasi dengan Allah? Di rumah kita tinggikan Al-Quran. Maksudnya? Kita simpan di tempat tinggi seperti di atas almari biar berdebu (tiak dibuka, tidak dibaca). Macam mana nak serasi dengan Tuannya?

Kita berasa tak serasi dengan hukum-hakam (undang-undang) Allah, jadi macam mana nak datang serasi dengan tuannya?

Sungguhpun begitu, ari segi hakikatnya, cinta wujud kerana Allah semata-mata. Daripada Allah dan kepada Allah. Daripada Allah cinta datang, kepada Allah cinta kembali. Dari segi hakikatnya cinta tidak kena pada makhluk. Makhluk ini sekadar tempat laluan (kepada pekerjaan Tuhan).

Yang ada ilmu hakikat, dia boleh tembus. Yang tak ada ilmu hakikat, sukar nak tembus. Cinta akan isteri, cinta itu tersangkut pada isteri sahajalah, tidak tembus sampai cinta kepada Allah.

TAMAT AUDIO 5

Thursday, August 4, 2016

Bijaksana dalam Berkorban dan Berjasa

Teringat kisah mangsa-mangsa banjir dulu. Terperangkap di bangunan yang di kelilingi air. Berhari-hari. Sekadar contoh yang digubah daripada peristiwa sebenar.....

Pagi. Kita pergi dan hadiahkan topi sudu setiap orang. Memanglah mereka terima tetapi yang mereka mahukan sebenarnya ialah bekalan air bersih, bukannya topi sudu. Bukan mereka tidak menghargai topi sudu yang diberi tetapi kita yang berikan mereka barang yang mereka tidak berkehendak, sedangkan yang mereka mahu tidak kita beri.

Petang. Kita pergi lagi dengan bot. Hadiahkan pula dengan kasut sekolah. Padahal yang mereka perlukan adalah ubat-ubatan. Anak-anak mereka hendak bersekolah entah lagi berapa minggu pun belum tahu, sebaliknya ubat-ubatan perlu segera.

Esok pagi. Kita berasa seronok berbakti lalu pergi lagi dan mengedarkan pula berbungkus-bungkus gula-gula dan makanan ringan Mamee setiap orang, sedangkan yang mereka mahukan adalah bahan api dan makanan basah untuk dimasak makan.

Petang pergi lagi. Berasa diri begitu berpahala kerana membawa pula alat-alat tulis, sedangkan yang lebih diperlukan ketika itu adalah barang-barang kebersihan seperti sabun badan, sabun basuh, syampu, antiseptik dan lain-lain agar dapat memberishkan diri dan mengelakkan jangkitan kuman.

Selepas habis banjir, kita pula tidak berpuas hati kerana orang-orang yang kita bantu seolah-olah kurang menghargai kita. Banyak duit, tenaga, suara, masa dan harta kita keluar kerana membantu mereka, tiba-tiba berasa diri kurang dihargai. Memang patutlah kita kurang atau tidak dihargai walaupun kita berasa sudah terlalu banyak berbakti, kerana kita memberi apa yang orang tidak perlu tetapi tidak memberi apa yang mereka perlu.

Ada orang yang pergi sekali sahaja dengan membawa sedikit ubat-ubatan, tetapi dia yang lebih dikenang-kenang dan dihargai orang, kerana dia memberikan sesuatu yang memang ditunggu-tunggu ketika itu.

Zaman dahulukala khabarnya ada seorang raja yang suka keluar berperang. Setiap kali pulang daripada berperang, bermacam-macam hadiah dilambakkan kepada isteri-isterinya. Hadiah yang ajaib-ajaib, mahal-mahal, jarang ditemui, permata berlian, benda-benda dari negeri asing, haiwna-haiwan comel, wang emas wang perak, pakaian-pakaian mewah, pearalatan-peralatan canggih dan sebagainya.

Tetapi suatu hari apabila dia jatuh sakit, barulah dia sedar yang sebenarnya dia tidak dipandang dan tidak dihargai pun oleh isteri-isterinya. Padahal dia sudah memberikan segala hadiah yang mewah-mewah dan hebat-hebat kepada mereka selama ini. Apakah isteri-isterinya tidak menghargai semua itu?

Apabila diselidik, rupa-rupanya salah dirinya sendiri. Memang dia memberikan pelbagai jenis hadiah yang luar biasa tetapi bukan barang-barang itu yang diperlukan oleh isteri-isterinya. Selama ini isteri-isterinya hanya mengharapkan agar si raja lebih banyak meluangkan masa bersama-sama mereka dan anak-anak. Itulah hadiah yang paling dihargai oleh isteri-isterinya tetapi tidak diberikan oleh si raja. Hadiah-hadiah lain walau sebanyak dan sehebat mana pun, bukan itu yang mereka mahukan. Akhirnya hati mereka jadi tawar dan tidak menghargai dan mencinta si raja lagi.

Walau sedikit, murah lagi kecil pemberian, pertolongan dan jasa kita, tetapi kena dengan keperluan orang, insya-Allah akan dihargai dan disanjung tinggi.

Walau sebanyak dan sehebat mana pun pemberian, bantuan dan pengorbanan kita, tetapi tidak kena dengan keperluan orang, mungkin kurang dihargai atau tidak dihargai.

Orang miskin sedang sakit perut mencari tandas, kita yang jutawan tidak pelawa guna tandas kita tetapi pelawa dia naik helikopter kita untuk bersiar-siar kerana ketika itu kita hendak pergi bersiar-siar. Walaupun tawarannya sangat lumayan tetapi tidak kena dengan tempatnya.

Negeri kita bakal berperang. Musuh sudah hampir. Semua rakyat dikerahkan untuk membuat persiapan perang seperti membuat senjata, membina kubu, menggali parit, berlatih ilmu peperangan, pasang perangkap dan sebagainya. Sebulan orang sibuk dengan urusan hendak berperang.

Kita? Oleh kerana kita kaya, kita upah orang untuk menghias sekeliling rumah para penduduk dengan tanaman dan binaan yang hebat-hebat. Semuanya percuma, kita yang hadiahkan. Sebulan kita dan para upahan kita buat kerja menghias laman-laman seluruh negeri. Jasa dan pengrbanan kita mungkin luar biasa tetapi bukan penghargaan yang diperoleh sebaliknya kutukan orang.

Di sekolah, ada murid yang selalu hadiahkan buah-buahan kepada gurunya, selalu minta hendak tolong bawakan barang-barang guru walaupun ketika itu guru hanya membawa sebuah buku, selalu memuji si guru, dia bangun paling awal untuk beri hormat ketika guru masuk ke kelas, tiap-tiap hari cium tangan guru..... macam-macam lagi. Tetapi dia berasa guru kurang menghargai segala perbuatannya itu. Mengapa ya?

Sebenarnya yang guru mahukan tidak diberinya. Guru minta dia siapkan kerja di sekolah, tidak disiapkan. Kerja rumah, jangan haap. Guru minta dia berbincang dalam kumpulan untuk selesaikan tugasan, dia tidak ambil bahagian sebaliknya mengganggu dan mengejek-ejek murid lain. Buku latihan selalu tidak ada. Sekejap hilang sekejap tak bawa. Selalu tidak hadir ke sekolah tanpa sebab, tengok-tengok lalu depan sekolah bawa motor laju-laju. Kelas tambahan langsung tidak pernah hadir.

Jadi, kuranglah sikit penghargaan guru kepadanya berbanding beberapa murid lain yang walaupun tidak selalu bawa buah kepada guru, tidak selalu hendak tolong bawa barang-barang guru, tidak selalu cium tangan guru..... kerana mereka selesaikan kerja sekolah dan kerja rumah, patuh arahan guru dalam kelas, mahu ambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, hadir kelas tambahan dan sebagainya. Mereka berikan apa yang guru mahu.

Kesimpulannya, jasa dan pengorbanan kita mungkin memang banyak lagi kerap, tetapi nampaknya kurang dihargai. Mengapa ya? Boleh jadi kerana jasa dan pengorbanan yang banyak itu bukan yang diperlukan orang. Biar kecil, murah dan sedikit asalkan yang memang orang mahukan.


Abu Zulfiqar
3 Ogos 2016

Wednesday, August 3, 2016

CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA ALLAH 4

CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA ALLAH 4A

Marilah kita mencinta Allah, mencintai Rasulullah, mencintai Al-Quran, mencintai As-Sunnah, mencintai ummah dan mencintai dakwah.

Kuliah kita Ihya’ ‘Ulumuddin kita masuk kali ke 147, syarahan Bab Cinta Allah kali ke-4. Tajuk : Seba2/Punca2 Cinta.

Manusia akan patuh dan taat apa yang dia cinta. Jadi, salah satu cara nak jadikan umat Islam patuh dan taat kepada agama ialah dengan menanamkan benih cinta dalam jiwa mereka. Orang yang cinta kepada Allah, diia akan turut segala kehendak Allah, tak perlu dikejan-kejan lagi

Kata Imam Al-Ghazali, maqam cinta Allah adalah matlamat paling jauh daripada maqam-maqam yang ingin dicapai dalam kerohanian dan kemuncak segala darjat.

Kata Imam dalam Kimiya’ as-Sa’adah, cinta kepada Allah adalah tajuk paling penting dan matlamat akhir perbicaraan. Kesempurnaan kemanusiaan terletak pada kecintaan kepada Allah.

Hakikat cinta :

1.Kita tak dapat nak cinta, suka dan sayang sesuatu yang kita tak kenal. Cinta wujud hanya setelah kita kenal. Kata orang tua-tua , tak kenal maka tak cinta.

Kita suka atau cenderung akan sesuatu berdasarkan apa yang pancaindera kita suka. Pancaindera ke-6 ialah mata hati/batin.

2. Mata di kepala mengesan apa yang tak boleh dikesan oleh telinga, Telinga pula sebaliknya. Setiap panca indera ada minat masing-masing. Kalau kena dengannya, dia akan suka, sayang dan cinta.

3. Biasanya manusia dan jin mencintai akan sesuatu kerana dia cinta dirinya sendiri. Dia suka kenderaan. Mengapa? Supaya senang dia bergerak. Dia suka sesuatu sebab ada untung untuk diri dia.

Cinta hanya wujud pada mahluk yang hidup. Benda-benda tak ada cinta. Meja, kerusi, bulan, planet, benda-benda angkasa tak ada perasaan cinta kerana semua itu tak hidup dan tak berakal. Hanya manusia dan jin yang hidup lagi berakal. Haiwan dan tumbuhan hidup tapi tak berakal.

Perkataan panca maksudnya 5. Contohnya Panca Sitara. Ada 5orang penyanyi termasuk P. Ramlee. Pancasila di Indonesia = 5 prinsip. Perkatan panca berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud lima.

Indera yang tersembunyi itulah sebenar-benar indera iaitu mata hati. Apa yang kita lihat, dengar, rasa dan lain-lain sebenarnya ditentukan oleh mata hati. Mata hati lagi kuat, power dan tepat berbanding pancaindera yang lima.

Kisah cinta sesama makhluk yang tak sesuai dijadikan teladan antaranya kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal, Romeo dan Juliet, Pyramus dan Thisbe.

Ada satu orang hantar mesej ajak penceramah turut serta ke suatu majlis yang kononnya dihadiri , oleh yang zahir dan yang ghaib di masjid tertentu seperti Wali 9, Tok Kenali, bahkan nabi-nabi pun datang. Tapi penceramah menolak.

Bagaimana cinta boleh wujud? Ada 5 faktor :

1. Kerana fitrah kita mencintai diri sendiri. Manusia atau jin sama sahaja. Contoh : ada batu datang melayang ke arah kita, kita elak. Mengapa? Supaya tak kena, tak sakit dan tak cedera. Maksudnya kita cinta sayang diri kita. Nak lintas jalan tengok kanan kiri. Tak ada kenderaan baru lintas. Mengapa? Kerana kita sayang diri sendiri. Kalau kita sakit, kita cari ubat. Mengapa? Kita sayang diri sendiri. Dari situlah lahirnya cinta.


CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA ALLAH 4B

Sebab kedua mengapa cinta boleh datang adalah kerana kita cenderung untuk menyukai orang yang berjasa kepada kita.

Sebab ketiga adalah kerana fitrah kita memang suka akan kecantikan, keindahan, dan kebagusan walaupun semua itu tidak berkait pun dengan diri kita. Contohnya kita suka tengok bunga-buangan dan air sungai. Padahal bukan dapat kepada kita pun bunga-bungaan dan air sungai itu. Tetapi kita tetap cinta/suka kerana bunga itu cantik dan sungai itu menarik.

Sebab keempat, cinta lahir kerana mata batin kita dapat/boleh mencintai sesuatu yang batin.

Sebab kelima, cinta terwujud kerana wujudnya keserasian.

Huraian sebab pertama - Kita memang sayang dir kita sendiri. Kita cenderung mahu diri kita kekal ada. Kita mahu lari daripada binasa (cedera, lemah, cacat dan sebagainya). Jika diberi pilihan sama ada nak hidup atau nak mati, kita akan pilih nak hidup. Jiak diberi pilihan sama ada nak sempurna atau nak terpotong salah satu angota? Kita akan pilih nak sempurna. Ini fitrah kita.

Jika diberi pilihan untuk tidak akan mati selamanya, sudah tentu kita pilih tak mati. Tapi sebab dah tak ada pilihan melainkan mesti mati juga, maka kita pun tak dapatlah nak pilih untuk kekal hidup selamanya.

Katakanlah selepas mati memang tidak ada kehidupan semula dan masa mati tak kena sakaratul maut, kita pilih nak hidup ke nak mati? Kita akan pilih nak hidup. Apatah lagi apabila dapat tahu tentang kesusahan sakaratul maut, alam kubur, mahsyar, timbangan, neraka... lagilah tak mahu mati. Dalam keadaan tak ada apa-apa pun selepas kematian maka kita tak mahu pilih kematian, apataha lagi ada.

Sekiranya seseorang itu ada kesusuahan, ada hutang, diburu ah long atau menderita sakit, jika diberi pilihan : A. Nak terus hidup. B. Nak mati. C. Nak dihilangkan segala kesusahan itu dan terus hidup. Sudha tentu pilihannya ialah C. Dia nak hidup tetapi segala masalahnya hendkalah dihilangkan. Dia tak akan pilih nak mati. Begitulah fitrah manusia. Manusia menyayangi dirinya. Sebab itulah datangnya cinta sayang.

Bagaimana cara Imam Al-Ghazali meninggal dunia? Ibnu al Jauzi memetik cerita daripada adik Imam Al-Ghazali iaiatu Imam Ahmad Al-Ghazali. Pada hari Isnin sebelum Subuh, Imam bangun ambil wudhuk dan menunaikan solat subuh. Kemudian dia meminta adiknya bawakan kain kapan, dicium dan letak di matanya. Imam berkata bahawa dia patuh pada perintah Tuhan. Seterusnya dia berbaring menghadap qiblat. Sebelum matehari terbit, Imam Al-Ghazlai pun menghemuskan nafasnya yang terakhir..

Duit. Kenapa kita cinta sangat duit sedangkan ia hanyalah kertas? Kerana kertas-kertas itu dapat membuatkan diri kita senang untuk mendapatkan apa-apa untuk diri kita.. Jadi kita cinta duit kerana kita cinta akan diri kita.

Kita sayang keluarga, sebenarnya untuk kepentingan diri kita. Kita sayang harta, sebenarnya kerana kita diri kita juga. Wujud perasan mencintai yang lain-lain kerana kita sebenarnya mencintai diri kita sendiri.

Huraian sebab kedua - Cinta wujud kerana kita sayang akan pihak yang berjasa kepada kita, iaitu pihak yang ebrbuat ihsan kepada kita. Kita ini sebenarnya hamba kepada ihsan. Kalau orang melakukan kebaikan kepada kita, kita jadi suka akan ornag itu. Kalau boleh kita nak ikut kehendak orang yang tolong kita. Hal ini sifat semulajadi. Sesiapa yang buat baik kepada kita, kita akan suka/cinta kepadanya. Yang buat jahat kepada kita, kita akan benci kepadanya.

Teringat zaman berusia belasan tahun dulu, berambbut panjag, pakai rantai, tetapi rajin solat berjemaah di surau. Orang-orang surau dok pandang semacam. Mereka nak meraikan kita ni, tak berapalah. Tetapi ada seorang pakcik. Jarang sangat bersembang dengan dia. Kalau berbual pu cuma sekadar bertanya khabar. Begitulah keadaannya sampailah pakcik itu meninggal dunia. Apabila saya datang ke surau, dia selalu tepuk bahu atau belakan lalu pegang kita smapai ke saf depan (*dengan senyum manis dan lemah-lembut). Sebab itulah smapai sekarang pun saya masih terkenang-kenang dan rasa sayang. Maksudnya kita sayang akan orang yang berbuat ihsan kepada kita.



CATATAN RINGKAS ISI AUDIO KITAB CINTA ALLAH 4C

Kadang-kadang kita lebih kasih akan orang yang bukan bersaudara dengan kita berbanding yang memang saudara. Mengapa? Kerana kita cinta diri kita sendiri. Sudah tentu ada manfaat daripada orang itu kepada diri kita yang kita kasihi ini, yang menyebabkan kita mengasihi orang itu. Ringkasnya, cinta kepada ornag lain wujud kerana kita mencintai diri kita sendiri.

Contoh -kita sayang dan hargai doktor kerana dia menjadi asbab kepada kesembuhan penyakit yang kita hidapi. Yang kita cinta sebenarnya ialah diri kita sendiri iaitu kesihatan badan kita, bukannya doktor yang menjadi laluan kepada kesihatan itu. Tapi oleh kerana doktor itu jadi laluan, maka kita pun turut mencintai si doktor.

Ilmu itu dicintai, guru itu dicintai. Ilmu disayangi kerana ilmu tu sendiri. Guru disayangi kerana guru tu menjadi laluan kepada ilmu tu. Maksudnya ada perkara yang kita cinta kerana perkara itu sendiri, dna ada perkara yang kita cinta kerana sebab-sebab lain.

Kita sayang duit kerana kertas tu ada nilai. Yang kita hendak adalah nilainya. Kalau kertas kosong yang dikoyak-koyak, kita pun tak mahu kerana ia tak mendatangkan manfaat kepada diri kita. Jadi, kita pun tidaklah mencintai kertas kosong tadi.

Makanan, minuman dan wang dinar dicintai. Makan dan minuman dicintai kerana memang itu yang dihajati. Duit pula bukan kerana dirinya sendiri tetapi kerana ia membolehkan kita mendapatkan sesuatu yang lain. Maksudnya wang dicintai kerana yang lain.

Huraian sebab ketiga wujudnya cinta - Cinta wujud kerana memnag fitrah kita suka/cinta sesuatu yang elok, bagus dna cantik. Contohnya kita tengok air sungai dari jauh. Kita suka. Padahal bukannya dapat kepada kita pun. Jadi kita suka akan sungai tu keanna kita memnag suka akan keindahannya.

Katakanlah neraka dan dosa tidak ada. Siapa nak solat, Tuhan persilakan. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa. Jawabnya - dah tentu kita tak solat, tak puasa wajib dan sebagainya. Tetapi bagi ahli-ahli sufi, ada syurga ke, neraka tak wujud ke, apa yang Allah suka, mereka akan buat, sekalipun tidak dapat pahala. (Kerana mereka mencintai Allah).

Ada keadaan di mana kecantikan itu dicintai kerana kecantikan itu sendiri, bukan kerana sebab-sebab lain. Kita ke luar negara contohnya ke Kahsmir, bukan boleh bawa balik pemandangan indah di sana itu pun. Naik ke tempat-tempat tinggi, contohnya Gunung Jerai. Pemandangan sawah padi dari atas sana memang cantik. Apabila kita turun, kita tak bawa balik pun. Tapi kita suka kerana secara fitrhanya kita memang suka akan yang indah-indah dan cantik-cantik.

Kita tengok sayur-sayuran di kebun-kebun seperti di Cameron Highland dan air sungai mengalir, tapi kita tak dapat apa pun. Kita masuk ke taman bunga, kena bayar duit masuk. Setelah keluar, bukan dapat apa pun tetapi kita suka kerana memang kita ini suka akan yang cantik-cantik dna indah-indah.

Sehebat-hebat ciptaan dan binaan manusia, buatlah istana sebesar mana dan dihias secantik mana pun, akhirnya kita akan bosan, kita akan keluar lalu melihat alam, langit, sungai, gunung-ganang dan lain-lain. Lazta lagi menikmati ciptaan semulajadi oleh Allah berbanding ciptaan makhluk.

Kita tidak cinta kerana kita tidak kenal. Ada yang sudah kenal tetapi tidak cukup kenal. Kita juga belum mencintai kerana belum tersingkap keindahanNya kepada kita. Allah itu cantik, suka yang cantik-cantik.

TAMAT AUDIO 4