Tuesday, May 31, 2011

Ilmu Sebagai Penyelamat

Ada dua orang lelaki. Lelaki pertama seorang yang kurang berilmu tapi gemar beribadah. Lelaki kedua pula seorang yang berilmu tapi tidak gemar beribadah. Kedua-duanya diuji oleh seseorang yang mendakwa dirinya Tuhan.

Kepada lelaki yang pertama, orang itu mengatakan : "Wahai hamba-Ku, aku telah mengampunkan segala dosamu! Maka sekarang engkau tidak perlu beribadah lagi!"
Lelaki itu menjawab : "Ohhh... memang itulah yang aku harapkan daripada-Mu."

Kepada lelaki kedua yang sedang minum arak, orang itu mengatakan : ""Wahai hamba-Ku, aku telah mengampunkan segala dosamu! Maka sekarang engkau tidak perlu beribadah lagi!"
Jawab lelaki itu : "Kurang ajar (lalu mencabut pedang), engkau fikir aku tidak kenal siapa Tuhan?"

*Rujukan - Kitab Minhajul 'Abidin, Imam al-Ghazali.

Wangian Hikmah Al-Ghazali 48-53

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 48

Fakta-fakta menarik tentang haiwan (sebagai muqaddimah).
Apa peranan ilmu kepada diri kita?
Imbas kembali kelebihan-kelebihan hadir ke majlis ilmu.
http://www.youtube.com/watch?v=gu-beRa_ZLg

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 49
http://www.youtube.com/watch?v=4RSiyOpOe2w
Imbas kembali kuliah lalu.
Apakah hasil daripada ilmu?
Hikmah Al-Ghazali ke-8.
Perihal 'alat' dan 'matlamat'.
Kebahagiaan Tertinggi dan Kebahagiaan Abadi.
Alasan-alasan biasa golongan yang enggan berdakwah.
Cara mengatur urusan dunia.
Benarkah dakwaan mengatakan Imam Al-Ghazali menolak dunia?
Antara bukti Al-Ghazali memperjuangkan dunia.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 50
http://www.youtube.com/watch?v=NVlODZbpHQk
- Bagaimana hendak jadikan dunia ini teratur.
- Apa perkara pokoknya, pelayan kepada perkara pokok dan penghias/penyempurnanya?
- Apa pula perkara pokok, pelayan dan penghias kepada diri manusia? Yang mana paling penting?
- Hati atau jantung?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 51
http://www.youtube.com/watch?v=CMkc-2FUvrM
- Bahaya kerosakan hati dan kerosakan 'hati'.
- 3 bahagian diri manusia.
- Servis diri, overhall diri yang 3 bahagian itu.
- Seimbangkan kebersihan luaran, dalam dan batin.
- Kerja yang paling mulia...

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 52
http://www.youtube.com/watch?v=bz-SdE5F9Ik
- Apa itu fardhu 'ain dan fardhu kifayah?
- Apakah ilmu yang jadi fardhu 'ain?
- Apa kata Imam Abu Talib al-Makki?
- Ilmu fardhu 'ain menurut kitab Kasyful Asrar.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 53
http://www.youtube.com/watch?v=pdwPKyAJasA
- 3 tungku keagamaan kita.
- Acuan hidup anda stabil atau senget?...

Wednesday, May 25, 2011

Muslimah Yang Berusaha Memperbaiki Diri

HAMBA ALLAH MENULIS:

Salam....

Harap soalan saya tidak keterlaluan dan sudi dijawab ustaz. Saya malu sebenarnya hendak mengaku akan hal ini, tapi sedikit sebanyak ia amat mengganggu hidup saya...

Saya bermasalah. Saya kira saya seorang yang ingin menjaga agama, bertudung labuh lagi berstoking, tak pandai bergaul dengan lelaki, suka dengar ceramah agama dan orang yang solat dan mengaji tapi ada tabiat buruk dengan bahasa modennya onani.

Dah lama dan dah berkali saya taubat tak mahu ulangi... tapi saya buat lagi. Saya tahu dosa tapi saya buat suka hati, dan sekarang saya takut jika Allah murka dan memberi balasan dengan perkara ini.

Contoh situasinya, saya baru menonton tv Tanyalah Ustaz, membaca majalah Anis dan membuka radio alunan al-Quran. Tiba-tiba hati terdetik nak buat. Sedangkan saya dah benteng hati ke arah agama ustaz... saya dengan mudah berkhayal dan buat sendiri. Sedang radio masih mengalunkan bacaan al-Quran. Saya betul-betul buat tak malu dengan Tuhan.... (sebab orang tak nampak)

Tolong beri kata dua pada saya ustaz, hati saya cintakan agama tapi sikap buruk saya ini sangat-sangat menipu diri. Yang rugi saya. Saya mula bimbang jika generasi saya esok melakukan amal buruk ini...

Dan satu lagi, adakah orang boleh kenal/tahu kita jenis yg beronani.
Maaf dan terima kasih.


JAWAPAN:

Wlksm Ukhti,

Pertamanya saya ucapkan tahniah kerana anda dipilih Tuhan sebagai orang yang berusaha untuk memelihara agama, menutup aurat dengan sempurna, suka akan majlis-majlis dan ilmu agama, memelihara solat, istiqamah membaca Al-Quran dan lain-lain. Tidak ramai orang yang dipilih oleh Tuhan sebegitu rupa. Yang tidak kurang pentingnya, anda ada rasa bersalah dan mahu membuat perubahan. Sikap sebegini bukan mudah dicari, tapi ia ada pada anda. Alhamdulillah syukur.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Apabila kita bertaubat bersungguh-sungguh, dosa-dosa kita akan dihapuskan oleh Allah.

Tentang tabiat buruk (onani/martubasi) itu saya sarankan beberapa usaha dan ikhtiar yang boleh dilakukan.


Pertama: DARI SUDUT PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM

Antaranya anda cubalah pergi dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan alternatif Islamik (yang biasa kita sebut sebagai mu’allij, contohnya di Darussyifa’). Tak perlu ceritakan masalah anda kepada perawat, cukup minta perawat tolong ruqyahkan. Cakap saja yang anda berasa tidak sedap badan dan khuatir kalau-kalau ada ‘gangguan’. Sekiranya perawat itu wanita dan anda bersedia berkongsi masalah anda dengannya, bolehlah diceritakan.

Saya menyarankan langkah ini kerana maklumat yang anda beri menunjukkan ada kemungkinan wujudnya gangguan jin ataupun sihir. Di bawah ini ialah maklumat yang dimaksudkan:

“Contoh situasinya, saya baru menonton tv Tanyalah Ustaz, membaca majalah Anis dan membuka radio alunan al-Quran. Tiba-tiba hati terdetik nak buat. Sedangkan saya dah benteng hati ke arah agama ustaz... saya dengan mudah berkhayal dan buat sendiri. Sedang radio masih mengalunkan bacaan al-Quran. Saya betul-betul buat tak malu dengan Tuhan.... (sebab orang tak nampak).”

Jika sudah sampai ke tahap sebegini, mungkin anda mengalami ‘gangguan’. Katakanlah setelah dirawat nanti ternyata tidak ada sebarang gangguan, anda tidak rugi apa-apa. Perawat pun tidak tahu apa masalah sebenar/ rahsia anda. Malah berasa lega kerana diri anda ternyata selamat.

Tapi seandainya memang ada dan ia berjaya disingkirkan, saya yakin tabiat itu akan hilang dengan mudah. Oleh itu saya angat sarankan agar anda dapat menemui mana-mana muallij dengan segera.

Saya melihat, dorongan untuk anda melakukannya banyak datang dari dalam diri, bukannya dari luar diri seperti dirangsang orang lain, menonton, menatap, mendengar dan sebagainya. Hal ini kerana ketika berinteraksi dengan bahan-bahan keagamaan pun anda dengan sendirinya terdorong untuk melakukannya. Oleh itu keutamaan rawatan adalah ke atas diri anda yang rohani.


Kedua: DARI SUDUT PENGAWALAN DIRI & LATIHAN JIWA

Anda berusahalah membuang perlakuan itu. Hendak membuang terus secara mengejut memang sukar, oleh itu anda buangkanlah ia secara beransur-ansur. Kurangkan kekerapan melakukannya. Jika selama ini (sekadar contoh) ia dilakukan 2 kali seminggu, kurangkan jadi 1 kali seminggu. Kemudian kurangkan lagi 1 kali sebulan dan seterusnya. InsyaAllah suatu hari nanti tabiat itu akan mereda dan hilang.

Tapi seandainya anda dapat membuangnya serta-merta, hal itu adalah sangat baik lagi bermanfaat.


Ketiga: DARI SUDUT SUNNAH NABI & FITRAH MANUSIAWI

Anda berusahalah agar dapat lekas mendirikan rumahtangga. Dengan cara itu ‘kehendak’ anda dapat disalurkan pada tempatnya dan insyaAllah perlakuan itu akan hilang dengan sendirinya. Saya mendoakan agar anda bertemu jodoh yang sesuai, baik lagi soleh dalam masa yang terdekat.


Keempat: DARI SUDUT SAINS & KESIHATAN

Kawal pemakanan. Kita boleh mengurangkan keinginan dengan cara mengawal pengambilan makanan. Biasakan diri jangan makan sampai kenyang, tapi tidak terlalu sedikit sehinggakan tubuh kekurangan zat dan tenaga.

Kekuatan dan keinginan melakukan seks banyak datang daripada makanan yang diambil berlebihan. Sebab itu para ulama mengurangkan makanan. Rasulullah juga menasihatkan kita agar berhenti makan sebelum mencapai kenyang. Jika selepas makan kita berasa puas (maksudnya kita sudah memenuhkan perut), sebenarnya ia memudaratkan diri dalam jangka masa panjang. Jika selepas makan kita berasa seperti hendak makan lagi (maksudnya kita berhenti sebelum puas/kenyang), itulah yang terbaik untuk kesihatan.

Anda kurangkan bahan yang merangsang seperti kopi dan teh. Hal ini memang dipesan oleh Asy-Syahid Hasan al-Banna (Pengasas Ikhwanul Muslimin). Anda juga perlu kurangkan pengambilan gula, kerana ia merangsang kekuatan (dan pengurangan ini bagus untuk kesihatan) terutamanya air berkarbonat. Mengurangkan bahan-bahan yang merangsang kekuatan tubuh dapat mengurangkan kehendak dan keupayaan untuk melakukan perbuatan itu.

Kaedah yang biasa dianjurkan ialah berpuasa. Tapi takkanlah hendak berpuasa setiap hari, mungkin kita tidak mampu. Jadi anda boleh cuba istiqamah puasa Isnin dan Khamis, ataupun salah satunya. Cuma yang saya lihat di negara kita ini, cara kebanyakan orang berbuka puasa tidak sesuai untuk kesihatan. Memanglah perut dikosongkan seharian, tapi apabila berbuaka puasa, pelbagai benda dimakan dan dengan kuantiti yang banyak.

Oleh itu, jika anda berpuasa, ketika berbuka makanlah sekadarnya. Yang pentingnya berbukalah dengan makanan yang berkhasiat walaupun dalam jumlah yang sedikit.


Kelima: DARI SUDUT PERSEKITARAN DIRI

Perlakuan itu menjadi apabila anda bersendirian. Oleh itu, selalulah bersama-sama orang lain. Selalulah buat aktiviti bersama rakan-rakan atau saudara-mara walaupun sekadar berbual kosong ataupun menonton bersama-sama. Maksudnya, biarlah ada individu lain berhampiran anda. Sudah tentu ruang untuk anda melakukannya sangat kecil.


Keenam : DARI SUDUT AGAMA

Apabila timbul perasaan hendak melakukannya, ucapkan dengan bersuara dan penghayatan:

Dua Kalimah Syahadah

Selawat ke atas Rasulullah

Istighfar

Lakukan berulang-ulang.


Ketujuh: DARI SUDUT PSIKOLOGI / KUASA MINDA

Apabial timbul keinginan, sebut nama/ panggilan orang-orang yang anda hormati seperti ibu, ayah, guru, pendakwah dan sebagainya dan bayangkan mereka semua sedang berada hampir dengan anda dan memerhatikan perbuatan anda dengan perasaan dukacita pada wajah mereka. Teruskan ‘mencipta’ gambaran sebegitu.


Setahu saya, umumnya tidak ada ilmu untuk mengetahui seseorang itu sering melakukan onani/martubasi. Cuma orang tua-tua zaman dahulu ada kaedah tertentu untuk melihat sama ada seseorang itu masih dara ataupun tidak. Ada yang melihat pada suatu tempat di muka dan ada yang melihat pada tangan. Ada juga yang mendakwa mampu mengetahuinya melalui kaedah ghaib tetapi umumnya semua itu hanyalah sangkaan-sangkaan.

Pada zaman ini jumlah orang yang mengetahui kaedah ini pun amatlah kecil (saya sendiri tidak ada ilmu ini), dan peluang anda untuk terserempak dengan orang sebegini sangatlah kecil. Oleh itu janganlah risau. Tambahan pula, dara seseorang wanita itu adakalanya boleh pecah/hilang kerana sebab-sebab lain, bukan melalui aktiviti yang berkaitan dengan seks sahaja.

Doktor mungkin boleh mengetahui kekerapan seseorang melakukan onani/ martubasi melalui ujian dan pemeriksaan. Tapi, doktor mana yang saja-saja hendak/ boleh buat pemeriksaan bahagian itu? Jadi, tidak perlu risau.

Kesimpulannya, jika ada pun, orang itu hanya boleh mengetahui sama ada masih ada dara ataupun tidak, bukannya mengetahui sama ada selalu beronani atau tidak. Dan orang yang ada ilmu sebegitu pun sudah hampir pupus dan peratusan anda untuk terserempak dengan mereka adalah terlalu kecil.

Akhirnya, dengan penjelasan ringkas ini diharap dapatlah memberikan kesan positif pada diri anda dan menambahkan kekuatan jiwa anda untuk berubah kea rah yang lebih baik daripada sebelumnya. Semoga segala urusan kita semua khusunya anda dipermudahkan oleh Allah SWT.

Wassalam.


Abu Zulfiqar

23 Mei 2011


HAMBA ALLAH MENULIS:

Terima kasih ya ustaz...
Terharu rasa baca saranan-saranan ustaz yang lebih ke arah positif....

Sedih sebenarnya dengan dosa-dosa, dan mungkin ini juga penghalang untuk lekas bertemu jodoh.... Semoga keikhlasan ustaz, menjadi doa membantu diri ini menjadi lebih bertakwa dan berdamping dengan orang soleh...

Semoga ustaz sekeluarga dirahmati. Syukran.

Monday, May 23, 2011

Nabi Isa Lebih Hebat daripada Nabi Muhammad?

Orang ini cuba melebihkan Nabi Isa berbanding Nabi Muhammad saw. Dia meninggalkan komen pada salah satu audio kuliah saya.

TULISANNYA:

“(Ingatlah),ketika malaikat berkata : " Hai Maryam sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan Kalimat (Firman) yang Allah namanya-Nya Almasih 'Isa Putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan seorang yang paling dekat dengan Allah.” 3 Ali Imran 45

Cuba anda hayati ayat ini "seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan seorang yang paling dekat dengan Allah"

Isa dekat dengan Allah bukan Muhammad.

JAWAPAN:

Sebaiknya anda sendiri silakan mengulangkaji ayat tersebut. Dalam bahasa asalnya berbunyi : "wa minal muqarrabiin"... yang bermaksud... "dan dari orang-orang yang didekatkan/ dekat (dengan Tuhan)."

Anda jangan mudah terpengaruh dengan pihak-pihak yang tidak berhati jernih yang sengaja memutar-belitkan ayat itu supaya menjadi : "seorang yang PALING DEKAT dengan Allah." Ambillah ilmu daripada orang-orang yang tidak berdusta.

Wednesday, May 18, 2011

Ke Muzium Beruas, Istana Kellie & RFC Ipoh



Pada mulanya kami singgah di Muzium Beruas. Muzium ini kecil sahaja. Adalah serba-sedikit maklumat tentang Kerajaan Gangga Negara dan sekitarnya.

Jalan utama pekan Beruas. Pekannya pun kecil sahaja. Di sini buat pertama kali saya terpikat dengan air kelapa pandan. Punyalah sedap meminumnya.

Kellie's Castle/ Istana Kellie ini terletak di Batu Gajah, Perak. Gambar ini diambil dari tempat letak kereta. Di seberang sungai, di atas bukit... memang sesuai untuk lokasi sebuah istana (walaupun sebenarnya Kellie's Castle ini ialah sebuah rumah besar, bukannya istana). Untuk ke sana kita kena menyeberangi sungai... melalui jambatan. Jom!


Pemilik asal rumah ini iaitu Mr. William Kellie Smith ialah seorang jutawan (saya kira ketika itu dia bertaraf billionaire) getah dan timah dari Scotland. Dia pernah ke India dan tertarik dengan senibina India. Oleh itu dia membawa tukang dan bahan binaan dari Madras, India untuk membina 'istana' ala Moghul idamannya di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1910.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, bilik bawah tanah dan dua lorong rahsia. Cerita tentang rumah ini pernah disiarkan oleh akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House (nama lain bagi bangunan ini) merupakan bangunan yang paling unik di Timur Jauh.

Bangunan suku siap ini berada di belakang bangunan utama Istana Kellie.

Pemandangan dari sisi rumah besar ini. Cantik kan?

Pintu masuk ke Kellie's Castle. Apakah ini pintu masuk asalnya? Mungkin ini pintu sisi. Bahagian sebelah kanan itu ada ruang untuk lif, lif yang pertama di Tanah Melayu.

Kebetulan Silat Serimau Hitam (asalnya Selima Hitam, iaitu nama sejenis baju tetapi digarangkan bunyinya menjadi 'serimau') sedang 'shooting' di sini. Kelihatan juga beberapa orang pesilat mat salleh (tak pasti sama ada dari perguruan yang sama ataupun lain), antaranya ada yang memakai t'shirt bertulis 'Guru'.

Pemandangan dari salah sebuah bilik di tingkat pertama. kelihatan Sungai Kinta dan jambatan masuk ke kawasan istana. Istana ini dibina di kawasan yang strategik lagi cantik.

Bumbung-bumbung istana ini mendatar dan tidak bertebing/ bertembok. Silap-silap bergurau boleh jatuh ke bawah. Bumbung di sebelah kanan (kelihatan lelaki berbaju belang biru di atasnya) hendak dibuat gelanggang tennis. Malangnya bangunan ini tidak sempat disiapkan kerana pemiliknya meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada tahun 1926. Bumbung tertinggi tu pula memang tinggi dan berangin. Bergoyang kaki saya di tempat-tempat yang tinggi, kerana gayat : )

Subhanallah.... pemandangan yang sangat indah.
Bayangkan diri anda sebagai salah seorang ahli pasukan memanah di atas ini, sementara di bawah sana ribuan askar musuh sedang mara ke dinding kota.

Kumpulan silat sedang merakamkan demo berkerambit di tepi istana

Akhirnya singgah menjamu selera di Radix Fried Chicken (RFC) Ipoh. Halal, organik, peratusan wang mengalir ke poket Islam sangat tinggi : )

Wangian Hikmah Al-Ghazali 41-47

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 41

http://www.youtube.com/watch?v=rxOJP71Ak0I
- Imbas kembali kuliah kali ke-7 yang lalu.
- Hasil pembelajaran kitab Ihya'.
- Meneropong ke dalam diri.
- 3 bahagian diri manusia.
- Perbezaan antara rasul dengan nabi.
- Wahyu itu sendiri kan ilmu?
- Kebahagian abadi & kebahagiaan tertinggi.
- Lagu 'Bahagia'.
- Menilai hendaklah dengan ilmu.
- Kemuliaan sesuatu berdasarkan hasilnya.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 42
http://www.youtube.com/watch?v=JXqMEX7BwDw
- Apakah hasil daripada ilmu?
- Apa maksud 'bercucuk-tanam di dunia'?
- Bumi ini alat. Alat untuk apa?
- Apa akibatnya jika tidak rajin 'bercucuk-tanam' di dunia?
- Pemahaman tentang alat dan matlamat.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 43
http://www.youtube.com/watch?v=yU1WDyL9_B0
- Orang untung vs orang rugi. Kita dalam golongan yang mana?
- Bila lagi engkau hendak berdakwah, berusrah, berkuliah, bertarbiyyah, berjemaah?
- Alasan-alasan zaman remaja/ persekolahan.
- Alasan-alasan zaman universiti/ kolej.
- Alasan-alasan zaman selepas belajar.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 44
http://www.youtube.com/watch?v=l9ukkPBgujY
- Alasan-alasan zaman berkerjaya.
- Alasan-alasan setelah berumahtangga.
- Isteri didahulukan, rumahtangga diutamakan : )
- Alasan-alasan zaman beranak kecil.
- Alasan-alasan zaman anak-anak sudah besar.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 45
http://www.youtube.com/watch?v=ECLo9Ul22WA
- Fitnah jawatan, pangkat, gaji, kuasa, pengaruh.
- Alasan-alasan zaman pencen.
- Zaman nak mati...
- Mencintai dunia berlebihan menyebabkan kesukaran melepaskan nyawa.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 46
http://www.youtube.com/watch?v=XXq57Gggpp8
- Beberapa kisah dari pengalaman Abu Zulfiqar.
- Pekerjaan apakah yang paling mulia?
- Apakah yang paling mulia di dunia?
- Apakah yang paling mulia pada yang paling mulia itu?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 47
http://www.youtube.com/watch?v=NMqhOfkS8fE
- Mendidik yang paling mulia daripada yang paling mulia.
- Melakukan pekerjaan yang paling mulia di rumah? Bagaimana?
- Penutup kuliah kali ini.

Memantau Lena Anak-anak

Setiap malam sebelum tidur, aku akan melihat keadaan anak-anak yang sudah tidur. Kuperhatikan wajah mereka, kusentuh dahi dan kaki tangan mereka untuk memeriksa suhu badan, kuusap dahi dan kepala mereka, dan kupagarkan diri mereka dengan bacaan-bacaan yang sesuai.

Begitulah saban malam kecuali jika aku terlena terlebih dahulu ataupun aku tidak bermalam di rumah. Aku akan berasa tidak puas hati jika tidak melakukan rutin ini. Semoga mereka juga akan melakukan sedemikian kepada anak-anak dan adik-adik mereka suatu hari nanti.

Tuesday, May 17, 2011

Bila Mahu Tambah Anak?

Persoalan ini sering diajukan kepada saya : )

Bukannya tidak mahu. Maklumlah, anak pun baru dua orang. Memang belum cukup. Kalau boleh, dapat 6-7 orang lagi bagus. Ini kerana untuk setiap orang anak 6-7 orang itu sudah ada portfolio dalam dakwah ini untuk mereka perjuangkan. Tapi... ada komitmen dan urusan tertentu yang lebih penting untuk diusahakan buat masa ini, menyebabkan proses mendapatkan anak terpaksa ditangguhkan.

Tentunya mereka tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia sebagai khalifah dan pejuang : )

Sunday, May 15, 2011

Wangian Hikmah Al-Ghazali 35-40

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 35

http://www.youtube.com/watch?v=m7BwkgC3JEM
- Kelebihan-kelebihan ke majlis ilmu.
- Imbas kembali kelebihan orang-orang yang MENGAJAR ILMU dan kebajikan.
- Imbas kembali tokoh Luqman al-Hakim.
- Mengapa kita mempelajari kitab Ihya'?
- Meneropong ke dalam diri?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 36
http://www.youtube.com/watch?v=9mjx6M3Qags
- Membetulkan makanan tubuh dan makanan 'hati'.
- 5 saluran makanan hati.
- Hendak menilai/menguji sesuatu mestilah dengan ILMU.
- Selembu = seladang + lembu.
- Arkus = arnab + tikus.
- Jangan kita 'dipekonon' orang, terutamanya dalam agama.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 37
http://www.youtube.com/watch?v=widTlIkqn-o
- Masam-masam Manis P. Ramlee.
- Ilmu ada kelebihan, bahkan ilmu itu sendiri kelebihan.
- Apa itu kelebihan?
- Mengapa kuda lebih daripada kaldai?
- Ada kelebihan yang memang kelebihan, dan ada pula kelebihan yang berupa kekurangan. Macam mana tu?
- Motosikal vs basikal.
- Berbasikal suami isteri ke kenduri kahwin : )
- Wahyu itu sendiri ilmu.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 38
http://www.youtube.com/watch?v=2_DzYU8CV60
- Perbezaan rasul dengan nabi.
- Mengapa rasul lebih mulia daripada nabi?
- Tujuan/niat kita mencari ilmu.
- Apa itu KEBAHAGIAAN ABADI?
- Apa contoh kebahagiaan tak abadi di DUNIA?
- Apa contoh kebahagiaan tak abadi di AKHIRAT?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 39
- 'Memandang Wajah Allah'.
- Mengapa melihat Allah, di syurga?
- Hendak ke syurga tentunya dengan ilmu dan amal.
- Kadar kebahagiaan menurut usia dan situasi.
- Kaedah mengetahui kemuliaan sesuatu.
http://www.youtube.com/watch?v=4fTbjz6q6D0

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 40
- Mengapa silat dipandang mulia?
- Biasanya kita menilai sesuatu berdasarkan hasilnya.
- Muhasabah pada akhir kuliah.
http://www.youtube.com/watch?v=1cQfF0CnbD4

Wangian Hikmah Al-Ghazali 30-34

SYARAH IHYA' 'ULUMIDDIN 30

http://www.youtube.com/watch?v=hJxFEXictSM
- Doa kita.
- Imbas kembali isi kuliah kali ke-5.
- Benda apa yang dapat disimpan lama?
- Apa maksud 'kapal karam'?
- Kelebihan-kelebihan menuntut ilmu.
- Tajuk baru: "Kelebihan Mengajar."

SYARAH IHYA ULUMIDDIN 31
http://www.youtube.com/watch?v=SgxP0ntoZ-I
- Alangkah beruntungnya orang-orang yang berdakwah!
- Mengajar secara rasmi, tak rasmi, isyarat dan melalui contoh.
- Pahala mengajar seperti MLM.

SYARAH IHYA ULUMIDDIN 32
http://www.youtube.com/watch?v=MlKrNx-6eos
- Lagi kelebihan-kelebihan mengajar, terutamanya mengajar ilmu agama.
- Di rumah kita sudah ada 'Taman Syurga'? Belum? Mahu?
- Siapakah 'Orang Besar' di langit?
- Ada ilmu, tapi tidak mahu mengajar. Apa akibatnya?

SYARAH IHYA ULUMIDDIN 33
http://www.youtube.com/watch?v=uwd18RQwD10
- Mengenal Luqman al-Hakim.
- Dia hidup pada zaman yang mana?
- Apakah bangsanya?
- Di manakah kuburnya?
- Apakah pekerjaannya?
- Bagaimanakah rupanya?

SYARAH IHYA ULUMIDDIN 34
http://www.youtube.com/watch?v=jwwUt21g7rs
- Permulaan dalil-dalil akal.
- Bagaimana hendak mengetahui seseorang itu ahli falsafah ataupun bukan?

Wangian Hikmah Al-Ghazali 24-29

SYARAH IHYA' 'ULUMIDDIN 24

http://www.youtube.com/watch?v=DN4AHGEFXGI
- Kelebihan-kelebihan menuntut ilmu agama.
- Kisah Luqman dengan anaknya menunggang haiwan ke pasar.
- Buat baik orang kutuk, buat jahat pun orang kutuk. Sama sahaja. Jadi... hendak pilih yang mana?
- Imbas kembali kuliah kali ke-4.

SYARAH IHYA' 'ULUMIDDIN 25
http://www.youtube.com/watch?v=sIupDTSicdk
- "Wahai Sulaiman, engkau mahu ilmu, harta ataupun kerajaan?"
- Ibnu Mubarak : Orang tidak berilmu bukan manusia.
- Manusia mulia kerana apa? Kekuatan tenaga? Besar badan? Berani? Kuat makan? Kekuatan bersetubuh?
- Bagaimana hendak elakkan hati daripada 'mati'?

SYARAH IHYA' 'ULUMIDDIN 26
http://www.youtube.com/watch?v=hIBwiTMJ8oE
- Mengapa seseorang itu tidak sedar yang hatinya sudah 'mati'?
- Hari yang terbuka apa yang tertutup... hari apa itu?
- Hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya...
- Siapa 7 golongan yang dapat perlindungan Allah pada hari tersebut?

SYARAH IHYA' 'ULUMIDDIN 27
http://www.youtube.com/watch?v=FzmnYq47U_Y
- Adakah kita berpeluang berada dalam kalangan 7 golongan yang dapat perlindungan Allah pada hari akhirat? Bagaimana caranya?
- Tinta para ulama' lebih berat daripada darah para syuhada'.
- Ilmu 'diangkat'? Bagaimana? Apa tindakan kita?
- Apa maksud kebaikan di dunia dan di akhirat?
- Jika kapal kita karam, apa yang akan berenang bersama-sama kita?
- Apa maksud 'kapal karam'?

SYARAH IHYA' 'ULUMIDDIN 28
http://www.youtube.com/watch?v=LxdRaqyaVA4
- Pesan Luqman kepada anaknya yang disayangi itu.
- Duduk bertemu lutut dengan ulama.
- Petikan Surah Luqman.
- Kematian siapa yang ditangisi ikan di air dan burung di udara?
- Kewajiban belajar.
- Menuntut ilmu lebih utama daripada melakukan ibadah sunat.
- Menuntut ilmu agama suatu jihad.

SYARAH IHYA' 'ULUMIDDIN 29
http://www.youtube.com/watch?v=XMF_uRFxkSA
- Doa kita pada kali ini...
- Penjelasan tentang audio kuliah yang ditekskan.

Friday, May 6, 2011

SJ - Bagaimana Hendak Istiqamah Amal?

SOALAN:

Salam,ustaz. Bagaiman nak istiqamah dalam amalan kita? Kerana saya selalu payah nak istiqamah, dari dulu lagi, Kenapa? Adakah sebab dosa-dosa yang saya lakukan?

JAWAPAN:

Wlksm PD. Antara caranya ... selalu baca hadith-hadith tentang kelebihan/fadhilat beramal. Ia dapat menaikkan keghairahan kita. Tiap-tiap hari mesti baca sepotong dua hadith tentang kelebihan beramal. Kedua... kena ada berkawan. Jika ada jemaah-jemaah yang berhampiran tempat tuan, rajin-rajin le ikut aktiviti mreka. Dengan berjemaah, kita lebih terjaga terutamanya dari segi amal. Yang ketiga, niatkan untuk jadikan diri kita contoh kepada orang lain... sahabat, keluarga, jiran dan sebagainya.

Tuhan MAHA PENGAMPUN. Dosa yang dulu-dulu... kita bertaubat... kira habis. Kecuali dosa sesama manusia, kena selesaikan dengan manusia tu le.

BALASAN:

Masyallah... Allah Allah..terima kasih ustaz. Insyallah saya cuba amalkan apa yang ustaz nasihatkan.

Tuesday, May 3, 2011

Pendakwah ke-3 Kuliah Kembara ke Sidratul Muntaha

MG MENULIS:
Assalam......Ustaz, Kembara ke Sidratul Muntaha saya dah download dah baru 20 bahagian..Insyallah dah download semua nanti saya akan burn ke vcd..nanti siap boleh la bagi kepada siapa yang berminat, boleh la dengar kat rumah guna vcd player bagi yang tak ada internet...

BALASAN:
Wlksm Mxxxx Gxxxxxxxxx.

Usaha yang sangat baik. Semoga dimudahkan Allah segala urusan berkaitan.

Bahawasanya DENGAN SEBAB KAMU, diberi petunjuk oleh Allah akan seseorang, lebih baik bagi kamu daripada dunia dan isinya.” (Ahmad)

Sesiapa yang MENGAJAK KE ARAH KEBAIKAN, dia akan mendapat balasan pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, tidak kurang walaupun sedikit. Sesiapa yang mengajak ke arah kesesatan, dia akan mendapat dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya, tidak berkurang walaupun sedikit.” (Muslim)


ps : Sebelum ini sudah ada dua orang yang menCDkan kuliah Kembara ke Sidratul Muntaha (syarah kitab Kifayatul Muhtaj). Tuan MG merupakan pendakwah yang ketiga berbuat demikian.