Saturday, May 29, 2010

Tak Cukup Tidur

Sudah makan masa belas tahun, secara puratanya pada setiap hari bekerja saya tidur pada pukul 1.30 pagi. Bangun sekitar pukul 5.15 pagi sekiranya sihat. Jika kurang sihat, biasanya 6.15 ke 6.30 pagi. Pada hari cuti, biasanya tidur sekitar pukul 3.00 pagi. Selalu tidak cukup tidur.

Saya memohon kepada Tuhan agar dapat tidur dalam 3 1/2 jam sehari... dan sihat. Namun sehingga kini belum diizinkan-Nya. Sebab itu pada waktu petang selalu juga saya melelapkan mata dalam 1 1/2 jam jika tidak ada urusan ke mana-mana.

Pengajian Kitab Munyatul Musolli siri 54 - 59











Fitnah Bagai Malam (Kuliah Akhir Zaman)





Tanah Arab Kembali Subur (Kuliah Akhir Zaman)









KULIAH 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN
kali ke-60 (Hadis ke-27)

Daripada Abu Hurairah radhiallaahu anhu berkata: Bersabda Rasulullah saw:
Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai.
(Hadis riwayat Muslim)

KETERANGAN

Sekarang kita telah mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat Tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput dan pohon-pohon kayu.

Contohnya, Padang Arafah di Makkatul Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.

Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana Padang Masyhar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari kiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jemaah haji di padang Arafah setiap 9 Dzulhijjah tahun Hijriyyah.


Syair Syeikh Fahmi Zamzam

Tanah yang tandus menjadi subur
Kurniaan Tuhan Maalikul Ghafur
Air dipancut, taman diatur
Sehingga lupa bekalan kubur


Padan Arafah bagaikana taman
Pohon ditanam sepanjang jalan
Sejuk dipandang, sangat menawan
Padang Mahsyar jadi lupakan.

http://kuliahakhirzaman.blogspot.com/

Misteri Bulan Mengambang (Kuliah)

Tuesday, May 25, 2010

Pengorbanan - Antara Bisikan Syaitan & Kekuatan Iman

ASAL-USUL TULISAN INI

Seorang sahabat di Facebook minta saya ulaskan kata-kata saya yang berbunyi:

"Syurga itu tidak murah. Antara maharnya ialah PENGORBANAN. Mampukah kita menyediakannya?"

Hendak dihurai dalam bentuk tulisan, panjang sangat. Setelah difikir-fikir, saya ambil beberapa contoh mudah. Semoga dapatlah dikira sebagai huraian juga serba-sedikit.

SITUASI-SITUASI CONTOH

"Apa? Kamu empat lima kerat bersama-sama Muhammad hendak menyebarkan agama Islam kepada ratusan ribu Arab Musyrik yang sudah sebati jiwa mereka sejak zaman tok nenek dengan berhala? Jangan... Tak ada batu beban digalas. Lupakan saja. Usahalah cara lain. Banyak lagi cara untuk mendekatkan diri kita kepada Tuhan dan berjaya di akhirat."

Namun Rasulullah dan para sahabat berdakwah penuh semangat dan keyakinan sehingga berjaya mengIslamkan Tanah Arab. Mereka berjaya kerana tidak menghiraukan keragu-raguan yang cuba ditimbulkan oleh syaitan-syaitan dari bangsa jin dan manusia. Mereka yakin dengan pertolongan Allah. Akhirnya mereka mendapat kejayaan besar, tapi liku-liku ke arah kejayaan itu penuh dengan onak duri dan periuk api yang terpaksa mereka lalui. Itulah pengorbanan bersandarkan keyakinan kepada Allah SWT.

"Apa? Kita sekeluarga kena berhijrah sehelai sepinggang ke Madinah pada waktu malam? Tak susah ke nanti? Di Makkah ni kita dah ada rumah, kampung halaman, sanak-saudara, kebun ladang, perniagaan, pasar raya, persekolahan anak-anak, kenderaan, koleksi pakaian, kerja tetap dan berpencen...... Kalau jadi pelarian ke Madinah, hapah pun tarak! Kita akan merempat! Meminta-minta ke sana-sini macam pengemis! Aku nasihatkan... tak payah le. Aku yakin kita gerenti hidup susah melarat punya. Apa yang kita ada di sini dah cukup baik dah. Buat apa nak berkorban dalam hal yang belum pasti? Nanti... yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!"

Tapi para sahabat sanggup bersusah-payah menyahut seruan sunnah. Mereka tahu kesusahan dan kepapaan menanti mereka di Madinah, dan memang itulah yang mereka lalui pada peringkat awal. Namun atas keyakinan jitu kepada Allah SWT, Madinah jadi negara Islam pertama, mewah dan gagah. Mereka berjaya kerana mereka tidak pedulikan keragu-raguan yang dibawa oleh syaitan-syaitan jin dan manusia. Mereka berjaya kerana sanggup berkorban apa sahaja semata-mata untuk perjuangan umat.

"Apa? Kita 300 orang ni hendak berhadapan 1000 tentera musuh di medan Badar? Gila ke hapa engkau ni? Kita kan serba kekurangan? Pedang, kenderaan hatta kasut sekalipun kita kena bertukar-tukar pakai, kena kongsi! Tentera musuh lengkap giler! Tak boleh ke kita sebarkan Islam tanpa melalui peperangan? Mesti ke dengan jalan perang? Engkau yakin ke dengan jalan perang ni kita akan berjaya capai matlamat yang dirancang? Tak ada cara lainkah?"

Allah tetap memilih para sahabat untuk maju ke medan Badar, berjuang dalam keadaan serba kekurangan dan akhirnya berjaya mencapai kemenangan. Pengorbanan mereka sangat besar. Kalau mengikut saja kata-kata syaitan jin dan manusia, awal-awal lagi sudah kalah kerana "yakin gagal" lebih dipercayai berbanding "yakin berjaya".

"Ha ha ha! 'Confirm' engkau sudah gila! Tentera Monggol al Yakjuj Makjuj menakluk dari China hingga ke Eropah. Semua kota-kota Islam yang dilalui mereka habis hancur dibantai. Tentera khalifah dengan kubu kota Baghdad yang kebal pun mereka sapu licin, engkau sekadar raja kecil dari Mesir hendak MENYERANG pula puak-puak Monggol tu? Orang semua pakat nak lari, paling kuat pun bertahan je! Yang engkau wahai Raja Mesir... nak pergi SERANG puak-puak tu? Tak logik.. tak logik! Lawak betul le engkau ni! Masuk pertandingan tentu menang jadi johan 14 kali berturut-turut. Ha ha ha..."

Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz tetap meneruskan rancangannya menyelamatkan seluruh umat Islam daripada fitnah tentera buas Monggol dengan menyerang mereka. Terkejut biawak komodo tentera Monggol. Selalunya mereka yang menyerang dan membuli orang. Kali ini mereka DISERANG! Mereka tercengang-cengang kehairanan hinggakan hancur lebur tentera Monggol. Itulah kali pertama mereka dikalahkan secara besar-besaran dan kemudiannya langsung senyap peluasan tanah jajahan mereka. Hal ini tidak akan berjaya jika Sultan Saifuddin dan tenteranya yakin dengan kata-kata syaitan-syaitan jin dan manusia berbanding dengan keyakinan mereka terhadap Allah SWT.

PENUTUP

Semua situasi di atas ialah petikan daripada sejarah umat Islam. Mereka tahu yang mereka akan melalui kesusahan sebelum mencapai kejayaan, namun mereka sanggup berkorban demi agama. Kesanggupan untuk berkorban membezakan antara manusia yang sempurna imannya dengan yang goyah imannya, yang beriman dengan yang tidak beriman, yang yakin dengan Allah dengan yang ragu-ragu akan kekuasaan Allah. Yakinlah, hidup di dunia hanya sedetik cuma, kehidupan di akhirat itulah yang kekal abadi. Pengorbanan kita di dunia ini tidak selama manapun, tahu-tahu Malaikat Maut sudah datang bertamu. Jika tidak sanggup berkorban, jangan bicara soal perjuangan!

Semoga dengan contoh-contoh yang begitu sedikit ini, dapat menjadi sedikit ulasan sebagaimana yang dipinta oleh sahabat lama saya itu. Wallahu'alam.


Abu Zulfiqar Amsyari
25 MEI 2010

Saturday, May 22, 2010

No, You Can't Do It!

"Whenever you have a goal in life, there are always going to be some obstacles that try to stop you. There will be people who try to tell you, "No, you can't do it.'" But you can't let it beat you down." - Zach Lipson

Nak Buat Apa dengan Si Kitol?

Sejarah Melaka - Si Kitol menjadi antara penyebab utama kehancuran Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis. Selepas itu Si Kitol datang kepada kita perajurit Melaka yang sedang dalam pelarian, cedera dan keletihan.


Dia berkata...: "Minta maaflah ye..yang sudah tu sudahlah...silaturrahim jangan diputuskan."


Padahal selepas itu Melaka dijajah lebih 400 tahun, puluhan ribu orang Islam terkorban, masjid-masjid dirobohkan.. Apa tindakan anda terhadap Si Kitol?

Si Kitol tidak pula ada sebarang usaha untuk kembalikan Kesultanan Melaka dan menjayakan segala rancangan Melaka, dia hanya mahu balik kampung dan hidup diam dengan keluarganya sahaja. Apa tindakan anda?


Mohd Faizal

Digreng kunyit je ...


Soffian Halim

"Potong dagingnya, kita buat sateyyyy" kata hantu Jepon P. Ramlee : )


Sapinah Wahap Ina

Kalau dagingnya dah di buat sate, kite tak nak makan. bagi je anjing makan tentu larisss.....


Kama Azura

Rasa2nya anjing pun tak nak....he....geli katanya....


Haruko Alejandro

Si Kitul nie...kalo dapat la...nk je bakar hidup2...tapi nak gantikan dia dengan nyawa ribuan orang Melaka memang tak dapat nk tutup la..tapi zaman tu...negeri Melaka memang dah rosak pon..Tuhan nak tunjukkan...



Kesimpulannya


Kesalahan Si Kitol terlalu besar untuk dimaafkan begitu sahaja. Si Kitol terpaksa juga bertanggungjawab ke atas segala kerosakan yang dibawanya di akhirat kelak di hadapan Tuhan nanti. Sekalipun Si Kitol mengakui segala kesalahannya, hukuman ke atasnya di dunia ini tetap dijalankan oleh pihak berkuasa mengikut undang-undang Islam, sekiranya dia berjaya ditangkap.


Sekiranya Si Kitol mahu hukuman di dunia dan di akhiratnya dikurangkan, dia terpaksalah menebus kembali sedaya-upaya hatta dengan nyawa dan seluruh hartanya sekalipun akan segala kerugian yang sudah berlaku. Dia mesti berusaha bermati-matian membina semula apa yang sudah diruntuhkannya walaupun hasill maksima yang mungkin diperolehinya sekadar 50% daripada yang asal. Dan itulah usaha yang sepatutnya dia lakukan selagi dia masih bernafas, kerana itu sahajalah peluang untuknya memperbaiki beberapa peratus daripada kerosakan besar yang sudah dilakukannya.


Sungguhpun begitu, kifarah daripada Allah tetap terpaksa ditanggungnya selama hidup di dunia ini yang entah bagaimana bentuk datangnya.

Tuesday, May 18, 2010

Peluang Terbaik Datang Sekali Sahaja

Biasanya peluang datang datang sekali sahaja dalam hidup kita. Oleh itu ketika ia menjelma, "gigitlah ia dengan geraham kita teguh-teguh", jangan dilepaskan, jangan didolak-dalik.... kerana syaitan dan musuh-musuh Islam memang suka peluang itu terlepas.

Kemenangan besar bagi syaitan jika bisikan keraguannya ke hati kita berjaya membuatkan peluang terbaik itu terlepas. Pelbagai keraguan ditanamnya ke minda kita, disalutnya otak kita dengan "yakin gagal" berbanding "yakin boleh". Setiap masa disuntiknya minda kita dengan "gerenti gagal", "tentu susah", "cenderung tak berjaya" dan sebagainya. Jiwa yang lemah... dengan mudah dipengaruhi was-was yang ditimbulkan oleh syaitan jin dan syaitan manusia. Beruntunglah hamba-hamba Allah, merangkap khalifahnya di muka bumi yang berjiwa teguh.

Apabila peluang tersebut sudah terlepas, ia tidak akan datang kembali. Sangat-sangat jarang ia dapat ditebus dan diperoleh semula. Namun kadang-kadang, apabila kita sudah mula sedar diri, betapa besarnya kerugian yang kita sedang dan akan alami untuk selama-lamanya, kita berharap agar datanglah semula peluang tersebut. Malangnya...

Jika kita berusaha untuk mendapatkan semula apa yang sudah terlepas itu buat kedua kalinya, pengorbanan dan kerja yang terpaksa kita lakukan biasanya berkali-kali ganda, berbanding pengorbanan dan kerja jika kita menerimanya pada kali pertama dahulu.

Jika dahulunya, iaitu pada kali pertama ia datang kita terpaksa berkorban RM 10,000 dan kerja 12 jam sehari, tapi untuk kali ini kita mungkin terpaksa mengorbankan RM 50,000 dan kerja 15 jam sehari. Sanggupkah kita?

Jika sanggup, kita usaha bersungguh-sungguh kali ini dan redha sahaja dengan pengorbanan dan kerja yang bakal kita buat walau sesukar manapun. Jika tidak sanggup, kita lalui dan redha saja dengan kesukaran dan kerugian yang sedang dan akan kita tempuh selamanya itu.

Sebab itu, setiap kali peluang baik datang, "gigitlah ia dengan geraham kita teguh-teguh". Ketepikan "yakin gagal", dahulukan dengan "yakin boleh". Jika sedari awal kita sudah tanamkan doktrin "yakin gagal" melebihi "yakin boleh", sampai bila-bila pun kita akan ketinggalan jauh di belakang.

Tuesday, May 11, 2010

Promosi Blog Bekas Anak Buah

Rezeki berada di "tangan" Tuhan, kita semua maklum akan hal itu. Ada pokok yang kita jenguk sekali-sekala, kurang diharap membawa pulangan dan kurang dibaja, tetapi hasilnya keluar begitu berbaloi. Ada pokok yang kita jengok selalu, jadi harapan kita untuk mendapatkan pulangan dan siram setiap hari, tetapi hasilnya ciput dan kadang-kala merugikan kita pula.

Di sini saya ingin memperkenalkan sebuah blog yang dikendalikan oleh seorang bekas anak buah saya dalam dakwah. Saya mentarbiahnya dalam masa yang singkat, setahun lebih sedikit. Itu pun hanya dalam beberapa pertemuan, mungkin tidak sampai pun 10 pertemuan dalam halaqah usrah. Lebih tepat lagi, saya sekadar pemudahcara, tidak sampai pun ke tahap pentarbiah kepadanya. Dia lebih banyak berusaha sendiri. Namun hamba Allah ini begitu cerdas, bersemangat dan berpotensi. Dia selalu beri lebih daripada yang kita jangkakan.

Dia juga pernah menghadiri pengajian ilmu hakikat yang saya kuliahkan. Soalan-soalan dan buah fikiran yang dilontarkannya sudah pun masuk ke kuliah akan datang. Walaupun ilmu ini berat dan bukan semua sesi dihadirinya, dia begitu maju ke depan.

Ada pula anak buah yang kita tarbiahkan bertahun-tahun dan selalu pula pertemuannya, namun tidak begitu menjadi. Bahkan ada pula yang tolong peruntuhkan lagi medan dakwah yang sudah kita bina. Kita pun kurang/ tidak dipandang sebagai bekas pentarbiahnya. Allah...

Itulah, rezeki masing-masing di tangan Tuhan. Namun mereka semua hampir semuanya baik-baik belaka sehinggalah ke hari ini.

Untuk itu, jemputlah ke http://muhammadzulfeqar.blogspot.com/

* Sudah lebih 3 tahun terpisah jauh dengan hamba Allah ini.

Ke Tesco

Minggu lepas saya ke Tesco. Sebenarnya sudah lama saya tidak ke sana kerana saya salah seorang yang menyahut seruan boikot. Seboleh-bolehnya saya berusaha agar tidak ada satu sen pun wang saya akan jatuh ke tangan pihak-pihak yang pendapatan mereka ada menyokong sama ada secara langsung ataupun tidak langsung perlakuan tidak baik musuh-musuh Islam ke atas umat Islam. Tidak mampu untuk memboikot 100 perkara, dapat 90 perkara pun jadilah. Buat sekadar kemampuan.

Saya ke sana untuk menghantar telefon bimbit yang ada masalah ke kedainya. Kebetulan kedai itu menyewa di bangunan Tesco. Alang-alang sudah berada di sana, terbeli jugalah beberapa barang di pasar raya Tesco. Hendak pergi ke tempat lain sudah malas pula rasanya.

Jadi kepada sesiapa yang ada ternampak saya di Tesco tempoh hari, bukan bermaksud temanmu ini sudah berpaling tadah. Saya masih seperti dulu juga. "Lllaawan tetap lllaawaannnn!" Macam Ezam pulak dah : )

Jika ternampak saya di tempat-tempat yang tidak sepatutnya, kawan-kawan dahulukanlah sangka baik. Sudah tentu ada sesuatu yang penting yang membuatkan saya ke tempat-tempat itu, bukan sengaja dan bukan rela : )

KIMIA AS-SA'ADAH 11 - 4 Jenis Lautan

Soal Jawab - Curangkah Isteri Saya?

PERTANYAAN:

Salam tuan. Nak tanya satu permasalahan.

Saya berkahwin baru beberapa tahun…ada anak seorang. Masalah saya ialah isteri saya pernah dua tiga kali melepak dengan kawannya.. seorang perempuan.. selepas habis kerja di rumah kawannya tu. Tak jadi hallah sebab kawannya tu tinggal dengan keluarga. Kawannya tu seorang janda.


Tapi setiap kali mereka melepak di rumah kawannya, akan datang bekas teman lelaki isteri saya. Mereka melepak bersama di ruang tamu, borak-borak. Saya percaya mereka merancang dari awal pertemuan itu. Isteri saya memang ada beritahu yang dia hendak duduk sebentar di rumah kawan tu, tapi dia tak beritahu pun yang bekas teman lelakinya akan turut serta. Saya dapat tahu pun dari orang lain. Isteri saya pun tak bersuara hendak mengajak saya pergi sekali.


Sebelum ni saya memang pernah bertemu bekas teman lelakinya tu ketika hari-hari kebesaran agama… kami saling kunjung-mengunjung.. biasa le. Tapi reaksi isteri saya waktu berbicara nampak terkawal dan sopan…sebab ada saya…. jadi formal le.


Berita yang saya dengar, waktu melepak di rumah kawan isteri saya tu, perbualan mereka jadi tak formal dan penuh gurau senda… ada lebih seronok le berbanding kalau saya ada sekali di situ. Atas sebab itu le agaknya saya tidak diberitahu akan kehadiran lelaki itu. Mungkin mereka takut saya akan turut serta, jadi keseronokan mereka berbual (bergurau senda?) terganggu le. Dah tentu isteri saya akan “control” percakapannya sebab ada saya.


Saya rasa perbuatan isteri saya itu ada curang sedikit. Apakah ajaran agama kita memang membenarkan perlakuan isteri saya tadi? Ataupun hal itu memang salah? Mohon pandangan tuan.


Ps: Susah hidup di kota metropolitan ni..



PANDANGAN SAYA:

Wlksm,

Saya beri pandangan berdasarkan maklumat yang anda maklumkan di atas.


Ringkas cakapnya, saya pun punya pandangan sama dengan anda. Si isteri sengaja tidak mahu anda turut sama dalam pertemuan itu agar dia boleh bebas bersembang dengan si lelaki dengan penuh keseronokan. Jika anda turut serta, gelak tawa mereka tentulah terpaksa dijaga. Berbalas pandangan dan senyuman pun tentulah tidak boleh sesuka hati, ada penghalangnya.


Walaupun sekadar berbual di ruang tamu, tetapi perlakuan isteri anda itu tidaklah selaras dengan tuntutan agama Islam.


Wallahualam.



Abu Zulfiqar Amsyari

10 Mei 2010

Pengajian Kitab Munyatul Musolli 52-53