Saturday, August 28, 2010

HPPM 7 - Berundur ke Masih

Episod 7: BERUNDUR KE MASIH


Sebaik-baik sahaja cukup 6 purnama, Raja Mamat menyiapkan satu ketumbukan tentera Mahaloka seramai 1,000 orang dipimpin oleh Marga Pewaris untuk menyerbu Gunung Merendang. Khuatirkan keselamatan penduduk tiga buah kampung di sekitar Gunung Merendang, Tun Tijah mengambil keputusan untuk berpindah ke Masih.


Sebelum pergi, Tun Tijah membawa Nadim dan Siti Khatimah menemui orang tua guru sufi. Lebih mengejutkan, Tun Tijah membawa orang tua itu bersama-sama mereka. Dia tidak banyak bercakap, wajahnya pun susah untuk dilihat kerana selalu berkain selubung. Memang guru sufi begitu gaya agaknya.


Di tengah lautan, kapal yang mereka tumpangi diserang oleh tiga buah kapal tentera Mahaloka yang sedia mengintip. Memang bijak Raja Mamat mengatur strategi. Tentera laut Mahaloka ini diketuai oleh SANG TARING SERI.


Berlaku pertempuran hebat di lautan. Puluhan askar laut Mahaloka terkorban tetapi Sang Taring Seri sangat handal. Dengan Hikmat Teras Kursani, tubuhnya tidak lut sebarang sejata dan tidak pula merasai sebarang kesakitan. Tun Tijah, Nadim dan Siti Khatimah sudah kepenatan setelah bertarung dua hari dua malam. Sebaliknya kekuatan Sang Taring Seri tidak menurun walaupun sedikit.


Melihatkan kedudukan yang tidak stabil begitu, orang tua sufi mula bersuara. Ia mahu Sang Taring Seri berehat selama sehari, pada lusanya dia sendiri akan berhadapan dengan Sang Taring Seri berseorangan. Sang Taring Seri ketawa terbahak-bahak mendengar syarat orang tua itu yang berlagak bagai seorang pendekar terbilang.


Ketika itulah Tun Tijah membuka rahsia identiti orang tua sufi. Orang tua itu tidak lain ialah LAKSAMANA SANG TUALANG yang disangkakan sudah mati selama ini. Sengaja dibiarkan janggut dan rambutnya panjang beruban agar musuh-musuhnya tidak mengganggu kehidupan mereka suami isteri. Ketika Nadim memeriksa nadi Sang Tualang sewaktu tenat terkena racun dahulu, Sang Tualang menggunakan Hikmat Pemati Diri menyebabkan nadinya tidak bergerak lagi walaupun dia masih hidup.


Sang Taring Seri kelihatan teruja dengan pendedahan itu dan bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Sang Tualang.

0 comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails