Saturday, August 28, 2010

HPPM 6 - Pertemuan Mengejutkan

Episod 6: PERTEMUAN MENGEJUTKAN


Setiba saja di gua Gunung Merendang, alangkah terkejutnya mereka apabila disambut oleh orang yang sangat mereka kenali iaitu PENDEKAR TUN TIJAH. Rupa-rupanya Tun Tijah terus menetap di situ selepas kematian suaminya Laksamana Sang Tualang. Kecederaan Nadim mesti dirawat. Nadim dan Siti Khatimah berkampung di Gunung Merendang selama 6 purnama. Kesempatan ini digunakan oleh Siti Khatimah untuk meningkatkan ilmu tempurnya dengan Tun Tijah. Dari peringkat ke-5, Siti Khatimah berjaya mencapai peringkat ke-6 SILAT GEMURUH SUNDA.


Dalam perguruan Gemuruh Sunda, Tun Tijah sudah menguasai peringkat ke-7 manakala Sang Tualang sudah melepasi ketujuh-tujuh peringkat, dinamakan peringkat Muntaha. Inilah peringkat tertinggi yang biasanya dicapai oleh satu orang sahaja dalam satu-satu generasi. Nadim pula membawa aliran warisan keluarganya dari negeri asalnya Kerambi di selatan tanah seberang iaitu PERMAINAN DERAM RIMAU.


Siti Khatimah dan Nadim bertanya tentang orang tua misteri berjanggut panjang yang mereka temui tempoh hari. Menurut Tun Tijah, orang tua itu ialah seorang guru sufi di kampung sebalik Gunung Merendang.

0 comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails