Episod 4: PERTEMPURAN PARA PENDEKAR
Setelah rancangannya gagal, Raja Mamat tidak duduk diam. Dia tahu kini di Masih dan Kerayong ada beberapa orang pendekar handalan. Dia mesti menghapuskan mereka terlebih dahulu. Untuk itu Raja Mamat mengupah tiga orang pendekar terbilang dari jajahan Mahaloka iaitu:
1. SANG TARING SERI dari negeri Malapaha
2. MARGA PANCA ALAM dari negeri Madrapura
3. MARGA PEWARIS dari negeri Seri Gangga
Seteusnya Raja Mamat menjemput kerajaan Masih dan Kerayong menghantar 3 orang pendekar mereka dalam PERTARUNGAN MAUT di Mahaloka. Sekiranya Masih dan Kerayong gagal menghantar pendekar dalam masa satu tahun, Mahaloka akan menyerang Masih dan Kerayong.
Kerajaan Masih berkekuatan 7,000 orang tentera manakala kerajaan Kerayong sekitar 4,000 tentera. Ini tentulah tidak setanding dengan tentera Mahaloka sebesar 15,000 orang. Malah jika dicampur dengan tentera dari jajahan takluknya, boleh mencapai 23,000 orang. Memikirkan nasib hamba rakyat, Sultan Masih dan Sultan Kerayong dengan berat hati terpaksa mengutus Panglima Mahkota, Nadim dan Siti Khatimah.
Sememangnya mereka bertiga belum setanding dengan pendekar-pendekar upahan Mahaloka. Pendekar lagenda Sang Tualang pernah beradu tenaga dengan SANG TARING SERI di Malapaha. Pertarungan mereka berkeputusan SERI. Sudah tentulah taraf Nadim jauh lebih rendah, kerana Nadim sendiri sedikit-sebanyak berguru dengan Sang Tualang sendiri. Mampukah dia bertahan lama dengan Sang Taring Seri?
Siti Khatimah bakal berdepan dengan MARGA PANCA ALAM yang terkenal dengan kekebalannya. Namun Laksamana Sang Tualang pernah mengalahkan Marga Panji Alam dalam satu sayembara. Walaupun Siti Khatimah tidak setanding lawannya, namun kemenangan Laksamana Sang Tualang dahulu menjadi inspirasinya.
Panglima Mahkota (hulubalang utama kerajaan Masih) pula akan menentang MARGA PEWARIS. Suatu ketika, puteri dari kerajaan SERI GANGGA (negeri asal Marga Pewaris) melarikan diri ke negeri Masih. Raja Seri Gangga mengutuskan Marga Pewaris ke Masih. Marga Pewaris mencabar hulubalang Masih bertarung dengannya. Jika dia kalah, dia bersedia dihukum mati. Tetapi jika dia menang, dia mahu membawa pulang puteri negeri Seri Gangga. Marga Pewaris pun bertarung dengan Panglima Mahkota. Dalam pertarungan itu, Panglima Mahkota diisytiharkan KALAH apabila sebatang lembing menembusi pahanya. Hingga sekarang kaki kirinya agak rencot sedikit.
0 comments:
Post a Comment