Wednesday, August 11, 2010

HPPM 1 - Kerajaan Mahaloka Bergolak

HIKAYAT PENDEKAR-PENDEKAR MAHALOKA

Episod 1: KERAJAAN MAHALOKA BERGOLAK


Satu malapetaka besar berlaku di kerajaan MAHALOKA. SULTAN ADDIN SHAH mangkat pada usia yang masih muda (33 tahun), dipercayai diracun oleh anak saudaranya sendiri iaitu RAJA MAMAT. Oleh kerana Sultan Addin tiada mempunyai anak, Raja Mamat (21 tahun) pun ditabalkan sebagai pemerintah Mahaloka yang baru kerana dialah waris yang terhampir. Memang hal itulah yang diidam-idamkannya.


Selain Sultan Addin, pendekar utama kerajaan Mahaloka iaitu LAKSAMANA SANG TUALANG yang selama ini menjadi tulang belakang Sultan Addin turut diracun. Sang Tualang dan ISTERINYA TUN TIJAH melarikan diri ke gua di GUNUNG MERENDANG. Bersama-sama mereka ialah anak murid Tun Tijah bernama SITI KHATIMAH dan SUAMINYA NADIM. Keempat-empat mereka ialah pahlawan Kerajaan Mahaloka yang termasyhur ketika itu.


Tiba di Gunung Merendang, Sang Tualang semakin tenat (akibat racun) dan akhirnya terkulai di ribaan isterinya Tun Tijah. Nadim sendiri memeriksa nadi dan mengesahkan KEMATIAN LAKSAMANA itu. Nadim dan Siti Khatimah mengajak Tun Tijah mengikut mereka melarikan diri ke tanah seberang, kerana Raja Mamat sudah mengerahkan 1,000 orang askar Mahaloka untuk menyerbu Gunung Merendang. Tun Tijah menolak. Dia mahu menguruskan mayat Sang Tualang lalu bersembunyi mengundurkan diri dari dunia kependekaran.


Kerana kesuntukan masa, Nadim, Siti Khatimah dan 15 orang mereka termasuklah ANAK SANG TUALANG dengan Tun Tijah bernama SANG KHOJA yang baru berusia 15 tahun bergegas ke tepi pantai. Mereka tiba di pantai pada waktu malam lalu mengambil sebuah perahu besar. Dengan kesaktian Nadim, perahu itu meluncur sendiri tanpa perlu didayung menuju ke NEGERI KERAYONG di tanah seberang.


Malangnya pada malam itu mereka dipukul ribut. Air mencurah-curah masuk ke dalam perahu. Mereka hanya boleh selamat daripada karam jika muatan dikurangkan seorang. Untuk menyelamatkan yang lain-lain, Siti Khatimah mengambil keputusan sendiri lalu TERJUN KE LAUT yang bergelora. Semua yang ada dalam perahu itu amat bersedih hati dengan peristiwa itu terutamanya Nadim. Selain itu haluan mereka juga berubah menyebabkan mereka MENDARAT DI NEGERI MASIH, bukannya negeri Kerayong.


0 comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails